IKRAM Hargai Khidmat Kakitangan Cemerlang

IKRAM Hargai Khidmat Kakitangan Cemerlang | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menghargai khidmat kakitangannya yang cemerlang melalui penganjuran Majlis Anugerah Apresiasi Ibu Pejabat IKRAM.

Dalam majlis itu, seramai 10 orang kakitangan yang terpilih telah menerima anugerah mengikut lima Nilai Bersama Ibu Pejabat IKRAM yang dijadikan sebagai budaya kerja iaitu Efisien, Penyayang, Integriti, Inspirasi Perubahan dan Kebersamaan (EPIIK).

1. Kategori Pengurus/Penolong Pengurus
Anugerah Efisien – Siti Hamisah Manan
Anugerah Penyayang – Nur Idayu Abd Rahman
Anugerah Integriti – Izzan Nasuha Amran
Anugerah Inspirasi Perubahan – Siti Nur Adibah Zulkafli
Anugerah Kebersamaan – Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan

2. Kategori Pegawai/Pegawai Kanan
Anugerah Efisien – Mohd Shukur Zawawi
Anugerah Penyayang – Siti Hajar Jinal
Anugerah Integriti – Sarah Azmin
Anugerah Inspirasi Perubahan – Atriza Umar
Anugerah Kebersamaan – Anas Hasbullah

Manakala anugerah keseluruhan (All Rounder) dimenangi oleh Siti Nur Adibah Zulkafli dan Mohd Shukur Zawawi.

Turut hadir dalam majlis itu Presiden IKRAM Hj Badlishah Baharin, Timbalan Presiden Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Presiden Profesor Dr Hanim Salleh, Setiausaha Agung, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP).

Dalam pada itu, Hj Badlishah Sham mengucapkan tahniah kepada para kakitangan yang telah memenangi anugerah-anugerah tersebut.

Beliau berharap agar kakitangan dapat meneruskan kecemerlangan ini di mana saja berada, terutamanya sewaktu bekerja di Ibu Pejabat IKRAM, dan juga apabila berinteraksi dengan masyarakat.

Ujarnya, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk melakukan yang terbaik dalam apa saja kerja yang kita lakukan.

“Kita yang menguruskan perjuangan ini haruslah mempunyai jiwa yang besar, minda yang besar dan juga membuat yang terbaik.”

Majlis Anugerah Apresiasi telah berlangsung pada Sabtu lalu di Espira Kinrara, sempena program ‘Retreat & Team Building Ibu Pejabat IKRAM’ yang disertai kakitangan bersama Ahli-ahli JKP.

Program ini bertujuan bersama-sama menyusun dan menambah baik gerak kerja, serta memacu pasukan yang berprestasi dan efisien bagi menjayakan visi IKRAM untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia