IKRAM Bersyukur Kemelut Menteri Besar Selangor Selesai

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan kesyukuran dengan penyelesaian kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor setelah YAB Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah pada 23 September 2014 sebagai Dato’ Menteri Besar yang baru dengan perkenan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan.

IKRAM mengucapkan tahniah kepada YAB Mohamed Azmin Ali dan berharap semua pihak memberi sokongan kepada pentadbiran baru untuk meneruskan usaha membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk negeri Selangor amnya dan rakyat khususnya. YAB Mohamed Azmin Ali merupakan Menteri Besar untuk seluruh rakyat Selangor, tidak kira kefahaman politik, agama atau kumpulan etnik.

IKRAM berharap YAB Mohamed Azmin Ali akan melaksanakan amanah dengan jujur, adil, berprinsip, bijaksana, bersyura dan penuh bertanggungjawab terutamanya dalam mengurus dan mentadbir negeri Selangor yang kaya, menaungi pelbagai kumpulan etnik dan agama serta pelbagai taraf kemajuan rakyat dan daerah.

IKRAM merakamkan tahniah kepada Pakatan Rakyat khususnya Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjiwa besar mementingkan kemaslahatan umum dan sanggup menarik diri daripada pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor.

Di samping itu, beliau tetap kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berperlembagaan walaupun berpendapat proses pelantikan tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

IKRAM juga memohon agar parti-parti politik menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan bijaksana tanpa menjejaskan khidmat kepada rakyat.

 

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia