IKRAM Bentang Laporan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022 Esok

IKRAM Bentang Laporan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022 Esok

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia bakal membentangkan laporan kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) 2022 dalam sidang media pada esok, Isnin 3 April.

Sidang media tersebut akan berlangsung di Bilik Latitude 1.01, Tingkat 1, Hotel Armada, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi hingga 11 pagi di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Selain IKRAM, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tn Hj Abdul Shukur Abdullah akan turut hadir dalam sidang media ini bagi melancarkan Buku Laporan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022.

Laporan IMNR 2022 melibatkan hasil dapatan kajian yang melibatkan 2,006 orang responden dari pelbagai kumpulan etnik, dengan menggunakan persampelan berstrata dengan tumpuan negeri, daerah, kaum dan jantina.

Pada bulan lalu, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah menyebut di Dewan Rakyat bahawa kajian Indeks Negara Rahmah yang dijalankan oleh IKRAM menjadi antara rujukan kementeriannya mengenai tahap perpaduan di negara ini.

“Kita juga ada Indeks Malaysia Negara Rahmah dan saya pun telah diberi taklimat semalam kajian yang dihasilkan oleh IKRAM,” kata beliau ketika itu.

Perkara itu disebut selepas delegasi IKRAM yang diketuai Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin membentangkan mengenai IMNR kepada Datuk Aaron dan para pegawai pengurusan kanan kementeriannya.

Susulan daripada itu, satu mesyuarat antara IKRAM dan Kementerian Perpaduan Negara telah berlangsung pada Isnin lalu bagi membincangkan kajian kesejahteraan dan kesepaduan berdasarkan Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Dalam pada itu, IKRAM telah menjemput seramai 12 orang pakar bidang daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bagi membincangkan dapatan kajian IMNR 2022 dan beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian akan datang.

Oleh yang demikian, IKRAM menjemput wakil-wakil media untuk hadir ke Hotel Armada esok untuk membuat liputan dan mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai laporan kajian tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia