IKRAM Bentang Kajian Perpaduan di Persidangan MyStat2023

IKRAM Bentang Kajian Perpaduan di Persidangan MyStat2023

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Kajian Dasar IKRAM Sdn Bhd telah terpilih untuk membentangkan satu kajian dalam Persidangan Statistik Malaysia Ke-10 (MyStat2023) pada Selasa.

Pembentangan kajian tersebut diwakili Ahli JKP IKRAM, Mohammad Abdul Hamid (Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi) dan Dr Sabariah Baharun (Ketua Kluster Perpaduan Nasional), serta Dr Maisarah Tajuddin mewakili KADRI.

Menurut Mohammad, pihaknya telah membentangkan Kajian Keberkesanan Program Sambutan Minggu Perpaduan 2023 dalam persidangan yang bertemakan ‘Merentasi Sempadan KDNK: Menuju Kesejahteraan Sosial dan Kelestarian Alam Sekitar.’

“Kami melakukan kajian lebih 4.300 pengunjung dengan soalan-soalan berkaitan perpaduan, kesepaduan sosial dan patriotisme.”

“Walaupun hasil kajian keseluruhan adalah positif, kami mengesyorkan satu pendekatan yang lebih kukuh untuk mengendalikan penilaian program, sama ada yang lebih praktikal (pre-post or simple difference) atau sebaik-baiknya, penilaian rawak – satu piawaian emas,” ujar beliau.

Beliau mengharapkan kajian tersebut akan menarik minat pelbagai pemegang taruh sektor awam di Malaysia, untuk mengendalikan penilaian program, sebagai cara untuk melaksanakan evidence-based policy (EBP) seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Kajian dilaksanakan IKRAM pada Mei 2023 dengan pendanaan daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN),” jelas beliau.

Pihaknya turut mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan kepada KPN dan pasukan daripada Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) atas sokongan yang memberangsangkan dalam menjayakan kajian tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia