IKRAM bantu barisan hadapan, golongan memerlukan

Sejak awal lagi IKRAM sangat prihatin dengan barisan hadapan yang sedang berjuang membendung COVID-19 di seluruh negara, begitu juga amat peka dengan masyarakat yang tidak dapat bekerja kerana terpaksa duduk di rumah kerana perintah tersebut.

 

Makanan, tudung dan peralatan

 

IKRAM Negeri Sembilan melalui projek ‘Food 4 Frontliner’ telah mengunjungi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menyumbang sebanyak 55 keping pizza kepada barisan hadapan dan juga dua buah kipas untuk bilik saringan COVID-19 dan bantuan mingguan akan diteruskan di hospital tersebut.

 

IKRAM Pahang dengan kerjasama IKRAM Kawasan pula mengadakan projek ‘Food 4 Heroes’ mengedarkan makanan makan tengah hari setiap hari kepada barisan hadapan di Hospital Pekan, Hospital Tuanku Ampuan Afzan dan IIUM Medical Centre.

 

Sementara itu, IKRAM Ipoh mengambil inisiatif mengedarkan makanan untuk petugas barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Bainun dan klinik kesihatan yang terlibat, manakala Wanita IKRAM Perlis juga menyumbang makanan di Hospital Tuanku Fauziah dan Klinik Kesihatan Kangar yang diteruskan pada minggu-minggu seterusnya.

 

Di Sarawak, IKRAM Miri mengadakan program ‘Food Aid For Frontliner Covid-19’ (F4F C19) melalui agensi i-Bantu di Hospital Miri dengan menyerahkan barang keperluan dan barang kering. Begitu juga dengan IKRAM Bintulu yang menyerahkan bungkusan makanan panas seperti mee kolok, kampua, laksa dan lain-lain di Hospital Nyabau & Poliklinik Bintulu setiap hari.

 

Selain makanan, IKRAM Shah Alam telah melancarkan Dana 3,000 Tudung untuk staf kesihatan wanita di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lalu. Keperluan tudung guna semula ini ialah bagi menggantikan penutup kepala pakai buang yang digunakan dengan kadar yang sangat tinggi semasa penularan wabak COVID-19.

 

IKRAM Health Muar/Tangkak tidak ketinggalan menghasilkan sendiri 107 keping pelindung muka (face shield) dan diserahkan kepada Unit Saringan COVID-19 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. IKRAM Alor Gajah juga telah menyerahkan lebih 100 keping pelindung muka yang dihasilkan sendiri kepada pihak Hospital Melaka, Klinik Kesihatan Durian Tinggal dan Pejabat Kesihatan Alor Gajah.

 

IKRAM Kedah dengan kerjasama i-Bantu turut menyerahkan 10 buah kipas dan 180 gel mandian kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. IKRAM Kulim pula telah menyerahkan barang keperluan iaitu meja, kerusi, kipas angin, khemah dan ‘extension wire’ kepada Klinik Kesihatan Padang Serai, Lunas, Taman Selasih, Kulim dan Pusat Kesihatan Daerah Kulim.

 

Bantuan untuk B40, golongan memerlukan

 

Prihatin dengan nasib golongan B40, Yayasan IKRAM Malaysia yang dikenali dengan i-Bantu telah melancarkan Tabung Bantuan Khas B40 bagi memberi bantuan makanan bagi mereka yang terjejas akibat krisis COVID-19.

 

Hanya dengan menderma serendah RM5 seorang, ia mampu membantu mereka dari segi keperluan makanan iaitu makanan kering, keperluan asas dapur dan makanan asas. Derma boleh dilakukan melalui pautan http://yayasan.ikram.org.my/tabung-covid-19/ atau akaun YAYASAN IKRAM MALAYSIA (5621 4240 4402- Maybank) dengan rujukan ‘Covid19’ dan e-mel bayaran ke: [email protected].

 

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mula mengagihkan 300 pek makanan hari ini kepada golongan sasar yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan melalui inisiatif ‘Bantuan Pandemik COVID-19’ untuk golongan memerlukan khususnya ibu tunggal, warga emas, OKU, gaji harian atau bekerja sendiri tetapi tidak dapat keluar bekerja.

 

Dengan melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan COVID-19, ia bertujuan memastikan kebajikan kakitangan barisan hadapan atau ‘frontliners’ terjamin termasuk kebajikan ahli keluarga mereka.

 

MyCARE menyeru orang ramai untuk untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Kecemasan COVID-19 di pautan https://www.billplz.com/fightcovid19.

 

Hidayah Centre Foundation turut melancarkan Tabung Kecemasan COVID-19 bagi membantu mualaf terjejas dan kebajikan umum. Salurkan sumbangan melalui pautan https://bit.ly/HCFcovid19 atau akaun bank Hidayah Centre Foundation (Maybank 5622 0962 4421).

 

Persatuan Belia HARMONI Malaysia juga sedang menggerakkan Tabung Kecemasan COVID-19 bagi membantu barisan hadapan, kebajikan mahasiswadan penduduk yang memerlukan sekitar Kuala Lumpur. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Belia Harmoni Resources (Bank Islam 14041010089919) dengan rujukan ‘covid19’.

 

Inilah sebahagian daripada usaha kebajikan IKRAM dan institusi-institusinya dalam pdalam menghadapi situasi yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 yang berbahaya ini. Agensi-agensi kerajaan dan banyak lagi pertubuhan dan pihak lain sudah pasti sedang berusaha membantu barisan hadapan dan golongan yang memerlukan.

 

Melalui semua usaha ini, semoga sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban barisan hadapan yang banyak berkorban dalam menangani wabak ini dan juga golongan sasaran terutama B40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Teruskan duduk di rumah dengan bekerja atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat bersama keluarga. Dengan pelbagai saluran bantuan yang sudah tersedia, jangan lupa ringankan tangan untuk menderma secara dalam talian dengan kelapangan rezeki yang dikurnia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia