IKRAM bantah tajuk debat Piala Tun Razak

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membantah sekeras-kerasnya tajuk-tajuk dalam Pertandingan Debat Piala Tun Razak ke-8 yang berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober 2019 di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban.

Tajuk yang membahaskan keperluan menulis semula al-Quran jelas bertentangan dengan akidah Islam kerana Allah Taala telah menjelaskan bahawa dengan turunnya wahyu terakhir, maka telah lengkap dan sempurna ajaran Islam yang mana kesemuanya terkandung dalam al-Quran.

Oleh itu, penulisan semula al-Quran dengan menambah atau mengurangkan kandungan asal adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Tajuk yang membahaskan keharusan amalan homoseksual pula adalah bertentangan dengan akhlak Islam dan tidak wajar dijadikan tajuk debat. Malaysia dengan jelas telah menolak amalan homoseksual.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan garis panduan bagi tajuk pertandingan debat, yang antara lain tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif agama dan perkauman.

IKRAM menyokong sebarang usaha pembinaan generasi muda yang berilmu, kritis, berakhlak dan bertanggungjawab, namun tidak akan bertoleransi dalam perkara-perkara yang melanggar akidah dan prinsip-prinsip Islam.

Justeru itu, IKRAM mendesak supaya KPM menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang telah melanggar tatacara penetapan tajuk sepertimana yang telah ditetapkan KPM, serta tidak bertoleransi dengan isu-isu yang menyentuh akidah umat Islam.

Semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan juga disaran agar berfungsi dengan cekap dalam menguat kuasa dasar negara, mengambil tindakan wajar dan segera serta memastikan insiden sebegini tidak berulang lagi.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia