IKRAM Bantah Pesta Arak

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membantah sekeras-kerasnya Pesta Arak ‘The Better Beer Festival 2017’ yang akan diadakan di Publika Duta Mas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober 2017 akan datang.

IKRAM mengiktiraf hakikat bahawa Perlembagaan Malaysia membenarkan masyarakat bukan Islam mengamalkan agama mereka, namun ia seharusnya dalam hal-hal keagamaan atau hal-hal yang bersifat peribadi dan persendirian.

Malangnya dalam kes ‘The Better Beer Festival 2017’ ini, minum arak akan dipestakan, diinstitusikan dan dibudayakan untuk tatapan umum tanpa mengambil kira sensitiviti berbilang kaum dan agama.

Iklan secara terbuka, dengan masuk secara percuma membuka ruang untuk muda-mudi negara terjerumus ke dalam amalan yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.

Kehadiran wakil-wakil pengeluar arak dari seluruh dunia seolah-olah mencerminkan bahawa negara Malaysia adalah syurga arak. Ini bertentangan dengan norma, budaya dan jatidiri negara Malaysia.

Terkini diberitakan pihak DBKL telah mengharamkan pesta ini dan IKRAM mengalu-alukan langkah ini.

Islam memberikan kawalan yang ketat terhadap arak termasuk pengeluar, pengilang dan penjual arak demi untuk menjamin kesejahteraan awam serta mengekang gejala buruk akibat arak. 

Arak adalah haram kerana ia menjadi penyebab akal manusia hilang pertimbangan. Ia menjadi punca pelbagai masalah dalam masyarakat.

Dari aspek kesihatan, kajian saintifik menunjukkan arak boleh membawa pelbagai penyakit kronik serta barah kepada manusia manakala dari sudut sosial, ia membawa masalah emosi, kekeluargaan serta menjadi faktor meningkatnya kadar kemalangan jalan raya.

Semua agama menolak amalan meminum arak dan menganggapnya sebagai amalan yang membawa keburukan kepada diri dan masyarakat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90)

Dr. Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia