IKRAM Australia dilancarkan secara rasmi

Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran ialah Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud dan Presiden AUSIS (Alumni Pelajar Islam Australia New Zealand), Hj Che Rahimi Samat serta isteri, Dr Hafidzah Mustakim.


Dr Harith, Prof Dr Hatta dan hadirin

Dengan tema “Tarbiah, Khidmah, Negarawan”, Majlis Pelancaran IKRAM Australia atau “#meetikramoz” ini dihadiri oleh kira-kira 200 orang hadirin termasuk tetamu jemputan antaranya wakil Australian Islamic Mission, FAMSY, PKS Australia dan sebagainya.

Dalam ucapan Presiden IKRAM Australia, Dr Harith Roslizar mengenai aspek negarawan, beliau mengatakan bahawa bicara IKRAM Australia adalah bicara masa depan.

Beliau memetik kata-kata Hassan al-Banna: “Hakikat hari ini adalah mimpi semalam, mimpi hari ini adalah hakikat esok hari.”

“Kita IKRAM Australia, haruslah berada di saf yang paling hadapan dalam memberikan harapan kepada ummah dan manusia. Kita mahu menjadi penebar cita-cita dan mimpi,” tambah beliau.

Sesi online pelancaran turut disaksikan oleh lebih 20 ahli AUSIS di Ibu Pejabat IKRAM Pusat. Pada hari sebelumnya, para ahli menyertai program Reunion AUSIS untuk berkongsi pengalaman untuk membina jaringan dan mendokong gerak kerja dakwah dan tarbiah di Australia dan New Zealand.

Hadirin, JKP IKRAM Australia dan tetamu kehormat

 

Berikut adalah barisan Jawatankuasa Pusat IKRAM Australia:

Presiden: Dr Harith Roslizar

Ketua Wanita: Dr Zaharah Sulaiman

Setiausaha Agung: Dr Aminuddin Hasnol Aidi

Penolong Setiausaha Agung: Dr Wardiah Abd Shukor

Bendahari: Mohd Nadzeri Omar

Ahli Jawatankuasa

1. Dr Fauzan Rosli (JK Latihan)

2. Mohamad Faisal Mohamed Azmi (JK Tarbiah)

3. Ammar Roslizar (JK Media)

4. Dr Wardiah Abd Shukor (JK Tarbiah)


Dengan kemunculan IKRAM Australia, moga ia menjadi platform untuk menyebarkan fikrah Islam dan melonjakkan agenda dakwah dan tarbiah di kalangan pelajar dan rakyat Malaysia di Australia, insya-Allah.


FB IKRAM Australia: https://www.facebook.com/IKRAMAustralia

Laman web: http://ikramaustralia.my/

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia