IKRAM Anjur Perbincangan Meja Bulat Mengenai Isu Pengiktirafan UEC

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keharmonian negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menganjurkan satu perbincangan meja bulat mengenai isu  pengiktirafan UEC  sebagai syarat am kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 14 Julai 2018.

Perbincangan telah dihadiri oleh 10 orang wakil IKRAM dan 16 orang mewakili pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina (Dong Zong, Jiao Zong, LLG Centre, Centre for Malaysian Chinese Studies, KLSCAH dan Gabungan Lembaga-lembaga Sekolah-sekolah Cina Selangor & Kuala Lumpur).

IKRAM menganjurkan perbincangan ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai UEC serta mengenal pasti titik-titik pertikaian dan persefahaman tentang isu pengiktirafan UEC. IKRAM yakin pendekatan perbincangan tertutup seperti ini boleh membuahkan kesefahaman dan merintis jalan penyelesaian yang lebih harmonis.

Wakil Dong Zong telah memberi penerangan mengenai sistem  pendidikan Cina dan peperiksaan UEC yang mereka kendalikan. IKRAM pula menyuarakan keprihatinan dan kegusaran masyarakat Melayu Muslim terhadap pengiktirafan UEC.

IKRAM meminta aktivis pendidikan Cina untuk mengambil kira perkara-perkara tersebut dalam usaha mendapatkan pengiktirafan kepada sijil UEC sebagai syarat am kemasukan ke IPTA. IKRAM juga mencadangkan beberapa jalan penyelesaian yang diharapkan boleh diterima oleh semua pihak.

Walaupun belum ada  kata sepakat,  perbincangan merumuskan bahawa  perkongsian sebegini perlu diteruskan  untuk merapatkan jurang kefahaman dan persefahaman antara satu sama lain. Juga dipersetujui untuk melibatkan lebih banyak pihak di dalam perbincangan yang akan datang.

Perbincangan memohon semua pihak  berpegang kepada sikap bertolak ansur dan mengambil langkah yang memberi kemaslahatan terbaik kepada pembangunan peradaban sejahtera di tanah air.  

Sebagai langkah proaktif, aktiviti-aktiviti kokurikulum berbentuk silang budaya dan pemerkasaan Bahasa Melayu ditingkatkan di antara Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan sekolah-sekolah lain. Dalam hal ini, aktiviti silang budaya yang dipelopori oleh sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH boleh dijadikan contoh. 

Prof. Dr. Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia