IKRAM alu-alukan pelantikan Dr Mujahid sebagai Menteri di JPM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan pelantikan YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Agama) dalam kabinet baharu Kerajaan Pakatan Harapan.

Pelantikan beliau amat tepat. Sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Sastera, Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dan Doktor Falsafah dalam bidang Siasah Syar’iyyah, beliau mempunyai cukup kepakaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri di JPM yang menjaga hal ehwal agama.

Penglibatan beliau dalam kegiatan Islam sejak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah memberikan pengalaman yang cukup luas untuk beliau menerajui organisasi Islam.

Sebagai seorang yang telah melalui proses tarbiah secara teori dan amali serta komitmen yang tinggi dalam penghayatan Islam, beliau diyakini mempunyai integriti yang sangat tinggi dan tidak akan berkompromi dengan apa jua penyalahgunaaan kuasa dan kemudahan awam, seterusnya dapat memastikan institusi Islam diurus secara profesional, telus dan tadbir urus yang baik.

Pengalaman beliau mengadakan pelbagai dialog dengan banyak pihak menjadi satu kelebihan beliau untuk menggagaskan Islam sebagai agama yang bersifat Rahmah dan menggalakkan budaya dialog yang sihat.

Didoakan YB Menteri akan berjaya dalam usaha menambah baik pengurusan institusi Islam dan dapat merealisasikan gagasan Islam Rahmatan lil ‘Alamin. IKRAM bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada YB Menteri dan semua pihak yang berkaitan.

Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia