Iklan RHB Raya 2024: Jadilah Rahmat Sesama Insan

Ini cerita pasal seorang ibu, seorang anak dan seorang peguam. Mungkin para pembaca telah mengetahui cerita ini kalau sudah menonton iklan raya RHB.

Kisahnya, si anak mendapat tempat pertama di dalam kelas dan ibu berjanji membelikan sebuah kotak pensel sebagai hadiah. Akan tetapi, ibu kesempitan wang dan akhirnya mencuri kotak pensel di sebuah gedung tetapi tertangkap.

Kalau beli kotak pensel pun tidak mampu, bagaimana ibu itu mampu mengupah seorang peguam? Menurut cerita, peguam itu asalnya tiada kaitan dengan ibu tadi. Namun, setelah mengetahui kisah pilu itu, beliau menawarkan diri untuk membela ibu tersebut.

Peguam itu membawa buku laporan peperiksaan si anak ke mahkamah dan berjaya melepaskan si ibu daripada penjara dengan bon berkelakuan baik sebagai seorang pesalah kali pertama.

Konteks undang-undang dalam kes ini:

1. Jika sabit kesalahan mencuri di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dipenjara sampai tujuh tahun serta dirotan dan didenda;

2.Namun, Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah membenarkan pesalah kali pertama terlepas daripada hukuman penjara atas probasi (syarat) kelakuan baik. Perkara ini berlaku 26 tahun yang lalu.

Si anak mengambil teladan si peguam dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi seorang peguam. Pada suatu hari itu, si anak berjumpa peguam tadi untuk berterima kasih dan menunjukkan kotak pensel yang masih digunakan.

Cerita ini berlaku lebih dua dekad lepas. Nama peguam pembela itu ialah Ahmad Zaharil Muhaiyar (sekarang Datuk), yang ketika itu baru enam tahun menjadi pengamal undang-undang. Kita tidak tahu dan tidak perlu tahu nama ibu dan anak itu. Yang kita tahu ialah ibu dan anak itu keturunan India.

Cerita ini membasahkan mata saya. Bukan kerana ini soal perikemanusiaan yang merentasi kaum dan agama, bukan kerana yang membantu itu Muslim dan yang dibantu itu bukan Muslim.

Cerita itu tetap mengharukan jika yang membantu itu dan yang dibantu itu adalah sama agama dan sama kaum, atau kedua-dua Muslim atau Hindu/Kristian, ataupun sebaliknya bukan Muslim yang membantu, dan Muslim yang dibantu.

Cerita itu pasal kemanusiaan. Ia tentang upaya kita untuk bersikap empati kepada orang yang berada dalam keadaan berlainan.

Saya amat tersentuh apabila peguam itu (Ahmad Zaharil) berkata dalam iklan RHB itu, “Kadang-kadang kita tidak faham, perkara yang kecil dan tidak penting kepada kita sebenarnya adalah segala-galanya buat orang lain.”

Jika kita mampu, sudi dan dapat mengenali orang lain daripada kelainan mereka, sudah pasti dunia ini lebih aman dan tenang.

Dalam wawancara dengan Harian Metro, Ahmad Zaharil berkata, “Kalau saya tidak bantu mahkamah dapatkan keadilan, saya zalim dan berdosa.”

Jadi, hikmahnya berlipat ganda. Pertama, sama ada kita sanggup memahami hidup orang lain sebelum menghakimi mereka secara tergesa-gesa.

Kedua, keadilan berlaku apabila hukuman itu setimpal dengan kesalahan mengambil kira konteks, kebertaubatan dan penebusan.

Kisah Ahmad Zaharil ini adalah contoh mulia bagaimana setiap insan kerdil seperti kita boleh menjadi rahmat kepada insan lain.

Amalan memohon maaf dan memaafkan itu adalah salah satu jalan kita menyedari kekurangan kita dan orang lain, dan merealisasikan rahmat sesama kita. Untuk kekurangan, kekhilafan dan keterlanjuran saya yang berlaku setiap hari, maaf zahir batin.

Dari Muharam ke Zulhijjah,
Tiada bumi hujan tak timpa;
Kalau kerana kita orang marah,
Mohonlah maaf bila bersapa.

Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway.

Sumber: Sinar Harian

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia