Ikhwan Muslimin tekankan tiga tsawabit dalam Manhaj Taghyir

Katanya dalam syarahan umum untuk ahli-ahli IKRAM pada Isnin lalu di Dewan Utama Kompleks IKRAM di sini, IM ingin membetulkan akidah ummah dan membawa ummah ke arah wasathiyyah iaitu pertengahan antara dua pihak yang ekstrem, sama ada melampau atau yang bermudah-mudah dalam dalam membawa Islam ini. 

“Imam al-Banna ketika masih muda lagi, telah berusaha menggabungkan mazhab-mazhab (fiqh) Sunni yang ada,” jelas beliau dalam syarahan bertajuk ‘Manhaj Taghyir Ikhwan Muslimin’ yang diterjemahkan oleh Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Ustaz Hj Burhanuddin Lukman.

Semasa itu menurutnya, sesama Sunni pun sudah berpecah seperti kes makmum bermazhab Hanafi tidak solat di belakang imam bermazhab Syafi’i dan sebaliknya hinggalah dalam urusan perkahwinan pun tidak dibenarkan bersilang mazhab. Jadi, al-Banna menugaskan Syeikh Syed Sabiq untuk menulis satu kitab (Fiqh as-Sunnah) yang menggabungkan mazhab-mazhab ini yang berasaskan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang sahih.

Dalam tsawabit kedua iaitu bagaimana mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala dan menjadi hamba yang Rabbani, menurut beliau, ia hendaklah bermula dengan individu melalui 10 ciri peribadi Muslim yang berkualiti iaitu menjaga kekuatan jasmani, berakhlak mantap, mempunyai keilmuan (tsaqafah) yang tinggi, mampu mencari rezeki sendiri, akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, mujahadah diri, menjaga masa, tersusun urusannya dan bermanfaat kepada semua.

Beliau turut menambah beberapa sifat lain yang perlu ada iaitu kehendak yang kuat, kesetiaan (wafa’) kepada agama dan perjuangan, pengorbanan, memahami dan mengimani prinsip yang ingin dibawa serta mengamalkan 10 rukun bai’ah sebagai pelengkap peribadi pembawa panji dakwah.

Menyentuh tentang tsawabit ketiga iaitu beramal dengan masyarakat (amal mujtama’i), jelas beliau, Imam al-Banna mulakan dengan individu, keluarga, masyarakat diikuti dengan negara, kerajaan dan seterusnya memimpin dunia.

“Imam al-Banna telah menggariskan rangka kerja untuk perkara ini (beramal dengan masyarakatdalam banyak risalah beliau, walaupun sesetengahnya tidak begitu terperinci, tetapi beliau telah meletakkan garis dasar,” ujar Dr Ibrahim yang juga Setiausaha Agung (SUA) IM Antarabangsa.

Katanya, dalam risalah tersebut, al-Banna ada mengulas tentang bagaimana kita bermuamalah (bergaul/berinteraksi) dengan kaum dan keluarga di mana Allah menjadikan berbilang kaum untuk saling kenal mengenali dan keterikatan seseorang dengan kaumnya adalah perkara yang semula jadi yang tidak boleh dinafikan.

Tambahnya, para sahabat r.a apabila mereka telah berhijrah sekali pun, masih lagi merindui keluarga mereka di Makkah dan Rasulullah s.a.w sendiri bertekad tidak akan keluar daripada Makkah sekiranya tidak dihalau, yang menggambarkan bahawa kecintaan kepada keluarga, kaum kerabat merupakan sesuatu yang tabii.

Dalam aspek menyayangi ummah pula menurutnya, kita ingin mengumpulkan dan menghimpunkan manusia, bukan memecahkan. Dalam ikatan yang berdasarkan akidah tambahnya, sama ada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa, seluruh ummah, kita ingin satukan, ada ikatan dan ukhuwah sesama Muslim.

Seterusnya melalui ikatan kemanusiaan (ribat al-insaniah) menurutnya, walaupun akidah berbeza, semua manusia merupakan anak cucu Adam dan Hawa.

“Kita ada tanggungjawab yang perlu kita tunaikan untuk seluruh manusia. Yang paling penting ialah untuk membawa seluruh manusia ini kepada Allah s.w.t dan menjauhkan mereka daripada neraka,” tegasnya.

Beliau menjangkakan, ikatan kemanusiaan ini boleh menjadi suatu elemen yang penting dalam usaha tajdid pada kurun yang baru dan zaman globalisasi ini.

“Dunia sudah menjadi kecil, perhubungan sudah menjadi mudah, jadi betapa pentingnya untuk kita fokus kepada ikatan kemanusiaan ini,” ujar Dr Ibrahim.

Dihadiri lebih 200 ahli IKRAM, turut hadir dalam syarahan tersebut ialah Penolong SUA IM Syeikh Mahmoud Ebyari, Pengerusi Dakwah IM Syeikh Muhammad Khalid, SUA IM Mesir Dr Mahmoud Hussein, Presiden IKRAM Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dan SUA IKRAM, Hj Nahar Md Nor yang bertindak sebagai pengerusi majlis.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia