Iftar Solidariti Gaza Berhampiran Kedutaan AS

Iftar Solidariti Gaza Berhampiran Kedutaan AS | IKRAM

KUALA LUMPUR – Satu lagi himpunan sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin diadakan dalam program iftar bersama rakyat Gaza berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat pada Ahad, 31 Mac yang lalu. 

Himpunan ‘Solidarity Iftar with Gazans’ ini dianjurkan oleh beberapa gabungan NGO iaitu BDS Malaysia, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Malaysian Solidarity with Palestine dan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM).

Antara yang berucap dalam program itu Prof Madya Dr Mohd Nazari Ismail (BDS), ⁠Azra Banu (BDS & VPM), Hj Shahrul Aman Mohd Saari (IKRAM), Tian Chua (SSP), Cikgu Azmi Abdul Hamid (MAPIM), Jismi Johari (Mahar), Dr Sharief Abu Shammala (QFM), Muaath Seyam (PCOM), Baderuddin (PCOM), serta Dato’ Sri Saifuddin Abdullah.

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman dalam ucapannya, kita menghargai saudara-mara kita di Palestin kerana tetap teguh mempertahankan tanah air mereka. 

“Sokongan akan tetap diteruskan melalui bantuan kewangan, masa, pengaruh serta apa sahaja yang bersesuaian. Kita tidak akan mengkhianati mereka,” tegas beliau.

Tambahnya, setiap dari kita seharusnya memainkan peranan masing masing, sebagai contoh Dr Fauziah turut serta dalam misi Freedom Flotilla Coalition bagi memecahkan kepungan Israel.

Azra Banu berkata, banyak kempen dan himpunan aman telah dijalankan sebagai tanda sokongan dan solidariti ke atas penduduk Palestin sejak enam bulan lalu.

“Kita tidak akan berhenti mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan ini sehinggalah Palestin bebas.”

Dato’ Sri Saifuddin pula mencadangkan pada kerajaan Malaysia untuk meningkatkan bentuk sokongan kita melalui tiga perkara iaitu menambah baik dari sudut kebajikan, pendidikan dan peluang pekerjaan buat rakyat Palestin yang berada di Malaysia.

Usai ucapan, program disusuli dengan nyanyian nasyid serta protes senyap sebelum azan maghrib. Himpunan berakhir pada jam 8 malam selepas selesai berbuka puasa, solat maghrib dan mengemas kawasan himpunan. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia