IDT 3: Dakwah merentasi gereja dan tokong

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini adalah melawat gereja dan tokong di Melaka.

Pada pagi hari pertama, peserta bertolak dari Kuala Lumpur ke Melaka. Tiba di PERKIM Melaka, sedikit taklimat disampaikan oleh Sdr Lim Jooi Soon.

Peserta dibawa melawat gereja Saint Peter’s, gereja untuk penganut Roman Katolik yang percaya bahawa Tuhan adalah satu yang bersifat ‘TRINITY’ di mana Tuhan wujud dalam ‘3 orang’ iaitu dikenali sebagai Tuhan Bapa (God the Father), Tuhan Anak (God the Son) dan Tuhan Ruh Kudus (God the Holy Spirit).

Seseorang yang menganuti Roman Katolik perlu dibaptiskan terlebih dahulu dengan meminum ‘holy water’ yang merupakan air paip sahaja. Perkahwinan dalam Roman Katolik ini mestilah diantara lelaki bujang dengan wanita bujang. Perkahwinan semula tidak dibenarkan. Roman Katolik juga percaya kepada pengadilan selepas kematian. Terdapat hierarki dalam gereja Katolik. Kedudukan teratas adalah Pope.

Seterusnya, peserta dibawa melawat gereja Christ,yang asalnya adalah sebuah gereja Protestan kemudiannya bertukar kepada gereja Anglican. Gereja ini dibina oleh orang Belanda. Uniknya pada gereja ini adalah terletak pada lakaran yang dipanggil ‘The Last Supper’ di mana mereka menggambarkan Jesus sedang makan bersama-sama dengan anak muridnya buat kali terakhir sebelum kejadian Jesus disalib.

Kemudian, peserta melawat gereja Jehovah’s Witnesses yang bersebelahan dengan PERKIM Melaka. Penganut Jehovah’s Witnesses mempercayai bahawa Jehovah merupakan pencipta alam semesta ini. Mereka mempercayai bahawa Bible merupakan kata-kata Tuhan (God’s word) yang benar. Mereka tidak menggantungkan patung-patung Jesus seperti mana yang dilakukan oleh gereja-gereja yang lain.

Sebelah petangnya, peserta melawat City Community Church, gereja bagi penganut Protestan. Penganut Protestan tidak mengakui Paus sebagai pemimpin Kristian sedunia seperti mana penganut Katolik mengakui bahawa Paus adalah pemimpin bagi Kristian Katolik sedunia. Penganut Protestan mengamalkan lima sola iaitu sola scriptura, sola fide, sola gratia, solus christus dan soli deo gloria.

Banyak perbezaan di antara Protestan dengan Katolik. Katolik melakukan penghormatan terhadap bonda Maria dan Ruh Kudus manakala Protestant tidak. Protestan menekankan bahawa keselamatan manusia terletak pada perbuatan baik manusia. Katolik mengenal hierarki gereja mulai paus, bishop, priest dan seterusnya manakala Protestan lebih bebas. Katolik menggunakan perjanjian lama dan baru manakala Protestan menggunakan perjanjian baru sahaja. Pendeta Katolik tidak boleh kahwin manakala pendeta Protestan boleh kahwin.

Pada pagi hari kedua pula peserta melawat tokong Cheng Hoong Teng dan tokong Xiang Lin Si. Cheng Hoong Teng merupakan tokong bagi penganut Tao.

Sebelah petang, peserta melawat tokong Buddha Seck Kia Eenh. Peserta disambut meriah oleh Encik Kenny Chan. Kebetulan pada masa itu, peserta menyaksikan sepasang pengantin yang melangsungkan upacara perkahwinan. Kami telah dibawa ke pejabat mereka tidak jauh daripada tokong tersebut. Di pejabat tersebut, kami diberi informasi oleh Kenny tentang agama Buddha.

Orang yang menganut agama Buddha mempercayai karma iaitu orang yang buat baik, kebaikan akan datang kepadanya dalam kehidupan ini dan juga kehidupan yang akan datang. Sebaliknya, orang yang buat jahat, keburukan pula akan datang kepadanya dalam kehidupan ini dan juga pada kehidupan yang akan datang.

Beliau menjelaskan bahawa seseorang penganut Buddha dilarang melakukan pembunuhan, mencuri, berzina dan minum minuman yang memabukkan. Dalam agama ini juga, semua perbuatan perlu dimulai dengan niat dan setiap apa yang mempengaruhi tingkahlaku kita adalah minda. Penganut Buddha mempraktikkan meditasi. Seseorang yang telah melangkaui ‘enlightenment’ tidak akan dilahirkan semula.

Salah seorang peserta program, Qurratul Ain, menyifatkan bahawa lawatan tersebut telah memberikan banyak pengetahuan tentang agama-agama lain. Boleh dilihat di sini bahawa terdapat beberapa persamaan antara ajaran Islam dengan ajaran agama-agama lain ini.

Beliau berharap program IDT 3 ini dapat diteruskan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan Muslim dengan masyarakat bukan Muslim di samping dakwah dapat disalurkan kepada mereka secara tidak langsung. Melalui program ini juga, beliau juga berharap penganut agama lain pula tertarik untuk melawat masjid dan mudah untuk disampaikan dakwah kepada mereka.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia