Idea ekonomi Islam zaman emas

Pemikir-pemikir ekonomi Muslim telah terlebih dahulu muncul dengan pandangan tentang teori, masalah dan pembangunan ekonomi jauh lama sebelum kemunculan teori-teori ekonomi Barat[2]. Penulis bawakan dua contoh pemikir ekonomi Islam zaman silam.

 

Al-Maqrizi

 

Pertama, al-Maqrizi. Al-Maqrizi merupakan pemilik nama penuh Taqiyuddin Al-Abbas Ahmad bin Ali[3]. Al-Maqrizi dilahirkan di Kaherah, Mesir pada pada 1364 Masihi. Keluarga beliau berasal daripada Maqarizah, Ba’labak, Mesir.

 

Sedari kecil, beliau tinggal bersama bapa saudaranya, Hanafi ibnu Sa’ih yang merupakan seorang ulama mazhab Hanafi. Pada awal usianya, al-Maqrizi merupakan pengikut dan pengamal mazhab fiqh Imam Hanafi. Selepas kematian bapa saudaranya, al-Maqrizi mengamalkan mazhab fiqh Imam Shafie[4]

 

Al-Maqrizi merupakan seorang ilmuwan pakar ilmu al-Quran, hadis dan fiqh Islam yang mahir dalam pengurusan dunia. Al-Maqrizi sangat dipengaruhi oleh pemikiran ekonomi dan sosial Ibnu Khaldun.

 

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Qadhi al-Qudhah ataupun hakim agung di Kaherah semasa pemerintahan Sultan Barquq dan juga pernah dilantik menjadi muhtasib atau pengawas pasar di Kaherah. Beliau memegang dua amanah itu semasa zaman Mamluk.

 

Dalam karya tulisannya yang menyentuh persoalan politik, ekonomi dan sosial yang diberi nama al-Ighasah, al-Maqrizi menyatakan bahawa inflasi sebagai satu fenomena sosioekonomi yang akan sentiasa berlaku dalam sisetem ekonomi. Menurut al-Maqrizi, inflasi berlaku kerana dua sebab iaitu faktor semula jadi dan faktor manusia.

 

Faktor alam seperti hujan, banjir dan kemarau akan memberi kesan kepada pengeluaran produk makanan dan mempengaruhi harga barang dalam pasaran. Faktor manusia seperti boros dan kedekut dalam berbelanja juga mempengaruhi penawaran dan harga barangan[5].

Ibnu Khaldun

 

Contoh pemikir kedua ialah Ibnu Khaldun. Ibnu Khaldun merupakan pemilik nama penuh Abd al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrawi. Ibnu Khaldun dilahirkan pada 1332 Masihi[6] di Tunis, Tunisia.

 

Keluarga beliau berasal dari Seville, Andalus dan berpindah ke Tunisia selepas kejatuhan kerajaan Islam Andalus di tangan kaum Kristian. Ibnu Khaldun bermazhab Maliki dan merupakan pakar al-Quran, hadis, usul fiqh dan sastera Arab. Ibnu Khaldun pernah menjawat jawatan sebagai Qadhi Negara di Mesir.  

 

Ibnu Khaldun telah berjaya menguasai disiplin-disiplin ilmu Islam tersebut pada usia muda. Beliau merupakan faqih dalam usul fiqh dan fiqh Mazhab Hanafi. Selain daripada menguasai disiplin-disiplin ilmu Islam, beliau juga mempunyai minat yang mendalam terhadap politik, sejarah, ekonomi dan geografi.

 

Ibnu Khaldun telah mencadangkan teori-teori berkaitan pemerintahan Islam, geografi dunia Islam pada zamannya dan teori-teori muamalat, ekonomi serta kewangan dalam karyanya, al-Muqaddimah[7]

 

Bagi Ibnu Khaldun, suatu negara yang sempurna tertegak berdasarkan nilai Islam secara umum untuk mencapai kesejahteraan dan kemakmuran tanpa mengabaikan perhatian terhadap keperluan tertentu agar negara dapat berkembang secara progresif dan berdikari tanpa kebergantungan kepada negara luar.

 

Kebijaksaanan pemerintah negara dalam merancang, menyusun dan menjalankan kegiatan ekonomi amat penting sebagai mekanisme kekuasaan dalam  mengatur kehidupan masyarakat yang maju dan membangun dalam ekonomi[8].

 

Dalam al-Muqaddimah, Ibnu Khaldun telah antara lain mencadangkan teori nilai mata wang. Beliau telah menjangkakan bahawa emas dan perak yang akan berevolusi menjadi alat pertukaran dan penyukat nilai barang, menjadi alat perhubungan dan menjadi alat simpanan di pusat penyimpanan harta.

 

Jangkaan Ibnu Khaldun terbukti kebenarannya apabila dengan berlalunya masa, emas dan perak berubah bentuk menjadi mata wang dinar dan dirham dan kemudian menjadi mata wang berbeza di setiap negara pada hari ini. Mata wang menjadi alat jual beli dan menjadi simpanan masa hadapan yang dijaga di bank[9]

 

Kesimpulan

 

Kesemua khazanah ilmu karya penulisan tokoh cendekiawan Muslim seperti al-Maqrizi dan Ibnu Khaldun telah hilang daripada sisi umat Islam selepas kejatuhan Baghdad di tangan Mongol[10] dan kejatuhan Andalus di tangan kaum Kristian[11].

Pada hari ini, sarjana ekonomi Muslim harus melakukan banyak kajian dan penyelidikan untuk mengaplikasikan prinsip dan asas ekonomi Islam dalam praktis kegiatan ekonomi semasa.

 

Umar Izzat Basir
Eksekutif Syariah Hong Leong Islamic Bank

Rujukan : 

[1] Nor Sahida Mohamad dan Sanep Ahmad, Pembangunan Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Awalan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.

[2] Aan Jaelani, Muslim Scholars Contribution for European Civilization: The Roots of History and Economic Development Tracing, Universitas Muhammadiyah Cirebon, 2015.

[3] Ambok Pangiuk, Inflasi pada Fenomena Sosial Ekonomi: Menurut Al-Maqrizi, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, 1991.

[4] Nasser Rabbat, Who Was al-Maqrizi? A Biographical Sketch, Massachusets Istitute of Technology, 2003.

[5]  Ambok Pangiuk, Inflasi pada Fenomena Sosial Ekonomi: Menurut Al-Maqrizi, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, 1991.

[6] Ibrahim Oweiss, Ibn Khaldun the Father of Economics, Georgetown University, tanpa tahun.

[7] Choirul Huda, Pemikiran Ekonomi Bapak Ekonomi Islam: Ibnu Khaldun, IAIN Walisongo Semarang, 2013.

[8] Mohammad Mushoffa, Konsep Ibnu Khaldun Dalam Politik Ekonomi, UIN Sunan Kalijaga, Jogjakarta, 2015.

[9] Choirul Huda, Pemikiran Ekonomi Bapak Ekonomi Islam: Ibnu Khaldun, IAIN Walisongo Semarang, 2013.

[10] Nursyad, Serbuan Bangsa Mongol Ke Kota Baghdad Dan Dampaknya Terhadap Keruntuhan Dinasti Abasiyah, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, 2014.

[11] Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor, Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di Andalusia: Teladan Dan Sempadan, Universiti Malaya, 2011.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia