Ibu tunggal di Parlimen Titiwangsa tidak dilupakan

KUALA LUMPUR – Tanggal 21 Ramadan (Selasa) bersamaan 31 Ogos, ketika Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-53, Pertubuhan IKRAM Malaysia Cawangan Setiawangsa (IKRAM Setiawangsa) dengan kerjasama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Daerah Titiwangsa (JIM Titiwangsa) dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali telah mengadakan program sumbangan kepada golongan ibu tunggal di flat Kampung Padang Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi membantu keluarga ibu tunggal bersempena dengan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma.