Ibu, engkaulah segalanya

Demikianlah kisah kita semua yang berasal dari kampung yang mempunyai ibu sebagai suri rumah sepenuh masa. Ibu mungkin tidak bersekolah tinggi, tidak pandai membaca, cuma boleh membaca al-Quran semampunya namun kegigihannya memastikan rumahnya diurus dengan baik tidak dapat diungkapkan dengan kata- kata.

 

Lukisan ini adalah gambaran seorang anak tentang ibunya, seorang suri rumah yang membuat pelbagai kerja rumah setiap hari; memasak, membasuh dan menyidai baju, pergi ke pasar, memberi makan ayam dan sebagainya.

 

Ini adalah lukisan pelajar Tahun 9 di Trissur, Kerala, India, Arjunath Sindhu. Ia memaparkan ibunya yang melakukan pelbagai kerja sebagai suri rumah. 

 

Arjunath mendapat ilham untuk membuat lukisan ini apabila mendengar ayahnya memberitahu kawan-kawannya apabila ditanya oleh mereka bahawa isterinya tidak bekerja, hanya seorang suri rumah.

 

Lukisan ini kemudiannya dihantar oleh gurunya kepada pihak kerajaan India yang kemudian menjadikannya sebagai muka hadapan buku Bajet Gender 2020-2021.

 

Kisah pengorbanan ibu ini hampir sama di negara kita terutama bagi ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Segala kerja dilakukan bagi memastikan rumah tangganya terurus dengan baik; makan minum, kebersihan rumah dan pakaian, dan bagi yang tinggal di kampung, termasuklah mengurus ayam, itik dan lembu.

 

Marilah kita sama-sama menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan, yang menyusukan kita selama dua tahun dan membesarkan serta mendidik kita dengan penuh kasih sayang

 

Islam meletakkan ibu pada kedudukan yang tinggi. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu, yang bermaksud:

 

“Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah orang paling berhak aku berbakti?’ Nabi SAW menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi SAW menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Baginda menjawab, ‘Ibumu.’. Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi SAW menjawab, ‘Kemudian ayahmu’.”  (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Demikianlah betapa tingginya kedudukan ibu di sisi Rasulullah SAW. Semoga kita menjadi anak-anak yang sentiasa menghargai dan kasih serta sayang kepada ibu-ibu kita.

 

Hasbullah Ismail
Anggota Kumpulan Fokus Keluarga Utuh
Pasukan Petugas Agenda Nasional Masyarakat Progresif
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia