Ibu bapa rahmah: Kenangkan mereka untuk menguatkan dirimu

 

“Aku mahu menjadi ibu yang terbaik, persis ibu Imam Bukhari, sentiasa ada masa untuk duduk dan didik anak…”

 

Ya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Oleh sebab itu, setiap kali membaca atau mendengar kuliah tentang pendidikan anak-anak, kembalilah kita dengan sebuah keazaman untuk menjadi yang terbaik.

 

Adakalanya kita sering lemah. Ya, baru sejam yang lepas kita berazam, kita sudah pun melanggar azam kita. Kita baru sahaja menengking anak, apatah lagi anak yang masih dalam usia prasekolah.

 

Tidaklah perlu diulas lanjut dari segi ilmiahnya akan kesan anak-anak yang sering ditengking. Fitrah ibu bapa pasti akan mengatakan ia suatu yang buruk untuk mereka.

 

Apabila siri azam dilanggar, timbul pula rasa putus asa. Kita mulai menyalahkan diri. Hati berasa gagal. Ya, aku gagal menjadi ibu bapa yang terbaik seperti yang diimpikan aku dan anakku sendiri.

 

Ayuh, kita bangkit dan memaafkan dirimu. Ya, cetusan rasa bersalah itu perlu demi sebuah perubahan. Namun, berlama-lama dalam rasa bersalah hanya membibit keputusasaan.

 

Mohonlah maaf dengan anakmu, mereka pasti akan memaafkanmu. Mereka juga akan belajar akan erti memohon maaf dan memaafkan.

 

Apakah pula bekalanku kali ini untuk terus kuat menjadi ibu bapa? Ya, tiada siapa dapat nafikan. Suasana terkini PKP/PKPB menyebabkan ramai ibu bapa dan anak-anak tertekan dengan suasana. Ibu bapa perlu meneruskan mencari rezeki walaupun bekerja dari rumah.

 

Anak-anak pula mendambakan perhatian ibu bapa yang berada di hadapan mata mereka saban hari.

 

Wahai ibu bapa,

 

Dalam menghadapi kitaran ini, ambillah sedikit masa untuk dirimu. Ya, kerja rumah atau pejabat tidak akan habis, apatah lagi pendidikan anak-anak. Namun, kita perlukan suatu masa refleksi untuk kembali menguatkan diri.

 

Cuba kenangkan kembali zaman kanak-kanakmu. Kenangkan kembali bagaimana ibu bapamu mendidikmu dengan penuh sabar sehingga engkau dewasa. Selaku manusia, pastinya ada kekurangan dalam pendidikan mereka kepada kita.

 

Namun, kebaikan mereka jauh menutupi kelemahan. Pernahkah mereka hilang sabar denganmu? Ya, pastinya. Pernahkah mereka berputus asa? Mungkin tidak. Walau apa pun terjadi, kemenjadian dirimu kini adalah bukti akan kejayaan mereka mendidikmu dengan izin Allah.

 

Ya, dengan mengenang ibu bapamu, mungkin itulah sisi yang bakal menguatkan dirimu menempuh cabaran hidup sebagai ibu bapa pula.

 

Mungkin ada teknik dan pendekatan ibu bapa yang perlu diubah. Namun, fokuskan meneladani semangat mereka kerana semangat juang inilah yang sentiasa bersifat ‘evergreen’, sedangkan teknik itu perlu berubah dengan zaman.

 

Bukakan kembali matamu. Tadah tangan dan berdoalah agar terus diberikan kekuatan dan keteguhan hati agar terus menjadi ibu bapa yang terbaik demi anakmu, demi generasi yang akan datang.

 

Ada sekalian banyak kenangan indahmu dengan ibu bapa. Apakah pula kenangan yang ingin kamu sematkan dalam anak-anakmu?

 

Kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya:

“Diari ini memulakan perjalanan daripada seorang anak yang kehilangan abah kepada dirinya sendiri menjadi seorang abah. Abah yang ingin membekalkan kenangan, buat anak-anak. Hari ini. Dan hari-hari selepas pemergiannya. Suatu ketika nanti…” (Diari Abah, hal. 31)

 

Doakan juga ibu bapamu sama ada mereka masih hidup atau telah pergi menemui-Nya. Moga Allah merahmati ibu bapa kita dan keluarga kita semua.

 

Muhammad Shah
Aktivis IKRAM Seremban

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia