Ibrah pengorbanan yang memugar harapan

” Apa? Kes baru hari ini 13,215? Apalah gunanya kita lockdown tapi kilang masih beroperasi. Kasihan melihat frontliner, kes non-stop.”

“Malangnya kita ada pemimpin yang tak bijaksana ketika krisis melanda.” 

 

Setiap hari, rungutan pasti kedengaran. 

“Bukan itu sahaja, kasihan kanak-kanak. Nature mereka ingin berlari aktif. Sekarang hampir setahun lebih kanak-kanak berkurung di rumah. Tak hairanlah jika mereka tantrum dan mengamuk.” 

“Bukan itu sahaja, ibu bapa pun semakin stress dengan PdPR. Jika keluarga yang tak seberapa, dengan handphone yang satu itulah berebutlah si abang, kakak dan adik untuk kegunaan PdPR. Itu belum termasuk stress mak ayah yang perlu bekerja dari rumah sambil menguruskan PdPR anak-anak.” 

“Nasib baik masih ada pekerjaan, lagi kasihan melihat mereka yang tak mampu nak bayar sewa rumah, tak mampu mahu membeli susu anak, tak mampu bukan kerana sememangnya miskin, tetapi kerana dibuang kerja lantaran pandemik dan PKP.”

Keluhan demi keluhan masih kedengaran. Terasa sesak dada mengingatkan akan musibah yang melanda Malaysia. Satu ayat yang mengambarkan perasaan saat ini, HOPELESS.

Apabila melihat keadaan semasa, kes Covid-19 yang mencanak naik dan dijangka akan naik lagi, dan tatkala kita mengharapkan pemimpin kita datang memberikan solusi terbaik, namun sebaliknya yang berlaku, malu dan marah melihat pemerintah yang saling bercakaran rakus mengejar kuasa. 

Terasa dunia ini semakin hopeless (tiada harapan).

Adakah semua ini akan pulih?

Adakah hak akan tertegak dan batil akan lenyap?

Adakah masih punya harapan?

Saat rakyat berebut katil di hospital, pemimpin saling berebut kerusi di parlimen. Dan akhirnya rakyat yang saling menjaga rakyat. 

Ibrah pengorbanan Nabi Ismail

Bersempena Hari Raya Aidiladha, kita telusuri sirah pengorbanan Nabi Ismail yang merelakan dirinya disembelih oleh bapa beliau, Nabi Ibrahim lalu diganti dengan seekor kibas. 

Lalu apakah yang ingin Allah ajarkan kita di saat ini?

Pengorbanan Nabi Ismail bukan setakat itu sahaja. Ketika beliau masih kecil, Allah telah mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menghantar Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar di Makkah, yang mana ketika itu tiada manusia yang tinggal di sana.

Selepas bekalan makanan dan air mereka kehabisan, di saat mereka ketandusan air, Siti Hajar berusaha berlari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari air.

Akhirnya atas sebab usaha beliau, Allah memancarkan air daripada hentakan kaki Nabi Ismail. Lalu dikumpulkan air tersebut untuk diminum. Di sinilah bermulanya sejarah air zamzam di mana air tersebut bukannya wujud dari arah bukit yang beliau cari, tetapi dari arah hentakan kaki si Nabi.

Tidakkah kita terfikir, mungkin boleh sahaja Siti Hajar hanya terus sujud atau duduk mengangkat tangan berdoa kepada Allah supaya dikurniakan air tanpa perlu berlari?

Namun Allah SWT sangat suka akan hamba-Nya yang berusaha, dan Allah suka melihat usaha hamba-Nya sama ada kecil atau besar. 

Jangan lelah berusaha, Allah pasti ada

Sebuah kejayaan memerlukan pengorbanan. Sebuah kemenangan memerlukan usaha dan pengorbanan. Sempena mengingati kisah Nabi Ibrahim yang mengorbankan anaknya demi taat kepada arahan Allah, mari kita ambil ibrah dan pengajaran daripada kisah beliau. 

“Alaaah, penat lah nak duduk rumah. Kes makin naik juga. Tak guna pun.”

“Alaa, kenapa kita sibuk-sibuk nak bantu jiran? Kita kan ada kerajaan, ada pusat zakat? Biarlah depa buat kerja depa.”

“Buat apa hang susah-susah pi kerja, mogok je la. Hang tak rasa penat ka hari-hari pi kerja jaga pesakit bagai, tapi depa bukannya nak appreciate kerja hang. Siap maki frontliner lagi ada lah.”

Ya. Kita boleh berputus asa. Kita boleh memilih untuk berlepas tangan. Tetapi kita jangan lupa bahawa Allah tetap ada di saat kita senang atau susah. 

Jangan kita lupa bahawa kehidupan di dunia ini sementara, kita ada kiamat, syurga dan neraka yang akan membalas segalanya. 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.” (Surah An-Naba’: 31-35)

Maka beruntunglah mereka yang masuk ke syurga. Mereka yang tidak jemu bekerja di dunia lalu diberi kerehatan di syurga.

“Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan. Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman. Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).” (Surah An-Naba’: 21-26)

Dan binasalah mereka yang melampaui hukum Allah, mereka yang tamak mengejar dunia lalu melupakan balasan di akhirat. 

Tepuk dada, tarik nafas dan katakanlah bahawa dunia ini masih punya harapan untuk sembuh. 

Teruskan berusaha dan terus menjadi manusia yang baik. 

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Ada ubi ada batas, ada budi Allah balas.

Dr Musyirah Hanan Zulkarnain

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia