Ibadah Korban 2025: Ada Pakej Serendah RM200, Ansuran

SERI KEMBANGAN – Menjelang sambutan Aidiladha, MyCARE, Yayasan Ikram Malaysia dan Hidayah Centre Foundation membuka peluang pada orang ramai untuk menyertai program ibadah korban 2025/1446 H yang akan dimanfaatkan oleh ribuan insan yang memerlukan di serata dunia.

MyCARE meneruskan inisiatif tahunan mereka melalui program MyQurbani 2025, suatu pelaksanaan korban dan akikah yang telah diuruskan sejak 27 tahun lalu.

Pelaksanaan korban dan akikah ini memberi tumpuan kepada agihan korban kepada rakyat yang terkesan akibat peperangan dan bencana alam di sembilan buat negara. Antaranya ialah Palestin, Syria, Somalia, Yaman dan India.

Dengan bayaran serendah RM200, rakyat Malaysia dapat menyumbang kepada kelangsungan hidup pelarian, ibu tunggal, anak yatim dan komuniti miskin.

Di samping itu, turut disyorkan untuk sertai Pakej Sedekah Daging Gaza sebanyak RM50 sebagai tanda keprihatinan kepada saudara-saudara kita di sana.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Jun 2024, dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi projek di myqurbani.my.

Sementara itu, Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) meneruskan komitmennya membantu golongan kurang berkemampuan di dalam negara melalui program iQurban 2025.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1999, pelaksanaan korban yaIKRAM telah memfokuskan kepada pengagihan daging di kawasan pedalaman dan bandar-bandar utama seperti Sabah, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. 

Daging korban akan diagihkan kepada golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan individu berkeperluan khas.

Harga satu bahagian lembu korban bagi negeri-negeri di Semenanjung adalah RM790, manakala bagi Sabah pula RM890. Bayaran penuh seekor lembu dianggarkan RM5,530 untuk Semenanjung dan RM6,230 di Sabah. 

Menariknya, pembayaran secara ansuran tiga kali turut disediakan dengan tarikh akhir penyertaan ditetapkan pada 2 Jun 2025. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/iQurban25.

Tidak ketinggalan, Hidayah Centre Foundation juga memperkenalkan program khas bertajuk Qurban for Mualaf 2025, satu inisiatif bermakna bagi menyantuni saudara baharu Islam di seluruh negara. 

Setakat ini, sebanyak 30 bahagian lembu telah terjual dan masih berbaki 250 bahagian yang menanti penyertaan umat Islam yang prihatin. Harga satu bahagian bagi penyertaan di Semenanjung ialah RM850 manakala bagi Sabah dan Sarawak pula RM1,000.

Tempoh pendaftaran dan pembayaran dibuka sehingga 4 Jun 2025 dan maklumat lanjut boleh diperoleh di bit.ly/QFM2025.

Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi satu lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan kepada Allah SWT. Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 37 menegaskan bahawa daging dan darah binatang tidak sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan kitalah yang dinilai-Nya.

Justeru, menyertai program-program ini bukan sahaja melaksanakan perintah agama, malah membuka pintu rezeki dan kebahagiaan kepada mereka yang sangat memerlukan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia