i4SYRIA hadir persidangan kemanusiaan Syria di Istanbul

Objektif persidangan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan berkenaan kerja-kerja kemanusiaan di Syria dan mendapatkan maklumat terkini berkenaan keperluan dan projek-projek terkini di Syria.

Antara barang keperluan pelarian yang dipamerkan sepanjang persidangan

Di samping itu, ia bertujuan untuk membina jaringan bersama rakan-rakan NGO dari luar negara berkenaan isu Syria. Persidangan ini dihadiri oleh lebih 180 wakil NGO kemanusiaan dari seluruh dunia terutamanya Malaysia, UK, Macedonia, Kuwait, Qatar dan lain-lain.

Anggota delegasi yang hadir persidangan ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Tuan Hj Norazmi Talib dan Pengurus Projek i4SYRIA, Saudara Muhammad Aiman Mohd Zin.

Delegasi i4SYRIA juga telah bertemu dengan NGO kemanusiaan terkemuka bertaraf dunia iaitu IHH Humanitarian Relief Foundation dan beberapa NGO lain untuk mengadakan perbincangan dan peluang kerjasama dalam membantu isu-isu berkaitan Syria antaranya pertemuan Sdr Muhammad Aiman dengan Bro Omar Azzaine, Ketua Jabatan Kesihatan dan Perubatan yang baru untuk Athaa’ Relief & Development (ARD).

Memandangkan sektor perubatan merupakan antara fokus utama i4SYRIA dan juga MyCARE, Omar berkongsi tentang kesukaran untuk memberikan bantuan perubatan dan rawatan kepada rakyat Syria terutamanya yang berada di dalam Syria dan di kem-kem pelarian di sempadan Turki-Syria.

Semoga persidangan ini membuka ruang kerjasama yang luas untuk NGO-NGO kemanusiaan antarabangsa dan memperkasakan lagi kerja-kerja kemanusiaan untuk pelarian Syria berdasarkan pendedahan maklumat terkini berkenaan keperluan di sana, insyaa-Allah.


Foto:

1. http://on.fb.me/1z6DiFi

2. http://on.fb.me/1KLcK28

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia