i-Bantu Kedah hantar 200 sukarelawan ke Pasir Mas

Sukarelawan terdiri daripada ahli-ahli IKRAM Kedah termasuk aktivis GEMA Kedah dan para pelajar Politeknik Zon Utara.

Kenderaan perjalanan ke Pasir Mas melibatkan enam buah lori membawa barang bantuan, dua buah bas, empat kereta MPV, empat kereta pacuan empat roda, sembilan buah kereta.


Misi yang diketuai oleh Pengarah i-Bantu Kedah, Sdr Hamdan Ariffin membawa pelbagai barangan bagi peringkat seperti makanan dalam pek, keperluan wanita, barang keperluan kanak kanak, pakaian, alatan ibadah, air mineral, makanan kering dan buah kurma yang dibungkuskan di pusat pengumpulan i-Bantu Kedah di sini.

“Barangan seperti pakaian telah dibungkus mengikut kategori jantina dan umur bagi memudahkan kerja pengagihan mengikut keperluan,” jelas beliau.


Antara peralatan kebersihan dibawa ialah alatan mencuci, generator, water pump, chain saw dan skop tanah. Selain itu, misi ini juga dilengkapkan dengan 10 set waterjet bagi membantu mangsa untuk mencuci rumah kediaman, tempat awam seperti masjid dan sekolah.

Menurut Hamdan, misi bantuan ini selaras dengan prinsip IKRAM yang senantiasa komited dengan misi kemanusiaan sejagat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia