i-Bantu Johor Bahru Tengah baik pulih rumah daif sempena Aidilfitri

“Saban tahun kami sering menghantar sumbangan. Tahun ini, kami ingin membuat satu kejutan pada keluarga ini. Seakan-akan doa mereka selama ini termakbul.

“Mereka ingin melihat satu rumah yang selesa untuk dihuni dan tidak mengharapkan kemewahan,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) IKRAM Johor Bahru Tengah, Dr Hishamuddin Alham.

Setelah mendapat kebenaran daripada keluarga tersebut, i-Bantu JB Tengah menempatkan mereka di sebuah rumah homestay selama lima hari dan menguruskan penghantaran pergi balik anak-anaknya ke sekolah.

Pihak i-Bantu JB Tengah telah bertungkus-lumus membantu membaiki bilik air, membuang semua alatan yang lusuh, menampal atap yang bocor dan mengecat rumah mereka bermula Jumaat 10 Julai hingga Rabu 15 Julai lalu.

Keadaan hadapan rumah, bilik dan tandas, selepas dan sebelum dibaik pulih

“Pendekatan kami mengubah ‘almost everything’, dan menggantikan hampir kesemua perkakasan rumah yang lusuh. Ada yang kami beli dan ada yang datang dari sumbangan orang ramai,” tambah beliau.

Apabila tiba saat untuk penyerahan, si ibu menangis kegembiraan.

“Inilah rumah yang saya impikan sejak dulu. Anak saya sering bertanya.. rumah kita burukkan mak?” ujar si ibu. Namun beliau memuji pengorbanan anaknya yang begitu sabar dan tabah menghadapi segala ujian.

Si ibu juga memuji tuan rumah yang sangat baik hati kerana sanggup mengekalkan sewa RM200 sebulan memandangkan kemampuan si ibu amat terbatas berbekalkan gaji lebih RM1,000 dan tidak mampu membaiki rumah sewanya yang daif.

Setelah selesai rumah si ibu dibaik pulih, majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Pusat.

Majlis diakhiri dengan ucapan yang amat menyentuh hati oleh si ibu telah menyebabkan hampir semua menitiskan air mata melihatkan begitu tabahnya sebuah keluarga menghadapi kesusahan hidup.

Semoga amal bakti i-Bantu Johor Bahru Tengah ini dapat memberi kesedaran tentang peranan semua pihak untuk membantu mereka yang memerlukan dalam kalangan masyarakat kita, insya-Allah.

Foto utama: Para sukarelawan, AJK IKRAM JBT dan si ibu (barisan belakang, tengah) selepas majlis penyerahan

Sumber 1: http://on.fb.me/1JaRhCR
Sumber2: http://on.fb.me/1DroaVx

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia