i-Bantu gerakkan sukarelawan seluruh negara bantu mangsa banjir

Tambahnya, i-Bantu yang merupakan agensi IKRAM yang bertanggungjawab dalam kebajikan dan khidmat masyarakat telah pun menubuhkan Pusat Gerakan Banjir i-Bantu bagi menyelaraskan misi dan bantuan banjir di seluruh negara.

Beliau menjelaskannya ketika majlis pelepasan Misi Khas Bantuan Banjir J4K (Johor for Kelantan) untuk membawa bantuan banjir ke Kuala Krai hasil kerjasama i-Bantu Johor dan Econsave Zon Selatan oleh YB Asiah Md Ariff, Exco Negeri Johor pada Sabtu lalu di Econsave Taman Bintang Utama di sini.

Ainullotfi menganggarkan bilangan misi bantuan banjir i-Bantu boleh mencecah antara 100 hingga 200 misi.

Beliau juga menganggarkan sekitar 500 orang sukarelawan yang berada di Kelantan sahaja dalam satu-satu masa, tidak termasuk lagi yang berada di Temerloh, Kemaman dan tempat-tempat lain yang terkesan akibat banjir.

Beliau membahagikan banjir kepada tiga fasa dan menyifatkan fasa pertama adalah fasa ketika banjir itu berlaku, yang mana i-Bantu menyalurkan bantuan yang perlu seperti makanan, pakaian, selimut dan sebagainya kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir dan yang berada di luar rumah.

Fasa kedua katanya, adalah fasa apabila banjir telah surut, umpamanya keadaan lumpur banjir yang tinggi di Kelantan yang memerlukan banyak bantuan pembersihan.


“Jadi, kita perlu menggerakkan seberapa banyak sukarelawan kita daripada seluruh negara, baik terdiri daripada ahli IKRAM sendiri ataupun mereka yang dapat kita kumpulkan bersama untuk membantu kerja-kerja pembersihan,” jelasnya.

Beliau melihat fasa ketiga banjir pula adalah fasa pemulihan yang merupakan perkara jangka panjang yang mana pihak pemerintah perlu memainkan peranan yang lebih besar kerana ia melibatkan pembinaan infrastruktur, pembaikan infrastruktur dan sebagainya.

Walau bagaimanpun katanya, sebagai sebuah NGO, IKRAM juga boleh memberikan bantuan seperti bantuan kembali ke sekolah, rawatan perubatan atau psikiatri oleh IKRAMHealth, khidmat nasihat dan sebagainya.

“Jadi, kesemuanya kita melihat bahawa di mana saja boleh kita memberikan bantuan, kita akan cuba memberikan bantuan semampu kita insya-Allah,” ujarnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia