i-Bantu mula bantu mangsa banjir

Institusi Ikram Di Bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sejak banjir mula melanda, aktivis Yayasan Ikram Malaysia (i-Bantu) di Kelantan dan Terengganu telah mula turun padang bagi menyantuni dan membantu mangsa-mangsa banjir.

 

Di Kelantan, aktivis i-Bantu dan Badan Kebajikan Annur Kelantan telah membuat agihan sumbangan di Kampung Bakong, Pasir Mas pada Selasa.

 

“Sebanyak 45 pek makanan keperluan asas seperti bihun, biskut, maggi, gula, teh, susu, roti dan air minuman berjaya diagihkan kepada penduduk yang terperangkap banjir,” kata wakil i-Bantu Kelantan.

 

Pada Rabu, aktivis i-Bantu telah menyantuni lebih kurang 150 buah keluarga yang terkesan dengan banjir di sekitar Tumpat, melibatkan Kampung Telaga Bata, Kajang Sebidang, Bendang Pok Yong dan Nechang. 

 

“Hampir keseluruhan kampung tersebut ditenggelami air, sementara bendang padi pula ibarat seperti lautan,” katanya.

 

Menurutnya, ramai penduduk memilih untuk menetap di rumah sendiri kerana khuatir dijangkiti virus Covid-19 apabila berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan bilangan PPS yang terhad. 

 

Turut hadir bersama misi bantuan banjir di Kelantan kali ini adalah Hj Kamsani Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan IKRAM Malaysia. 

 

Pada Khamis, i-Bantu meneruskan lagi misi agihan bantuan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir di dua lokasi berbeza iaitu Rantau Panjang dan Tumpat. 

 

Dalam pada itu, aktivis i-Bantu dan IKRAM Terengganu turut membantu mangsa banjir di Kampung Lebak, Kuala Berang pada Rabu.

 

“Antara cabaran utama yang dihadapi peserta misi bantuan ini ialah pembersihan barang-barang yang rosak, tidak terkecuali mencuci dan membersihkan rumah yang bersalut lumpur,” kata wakil i-Bantu Terengganu.

 

Jelasnya, selain daripada kerja-kerja pembersihan, diadakan juga penyerahan barang keperluan rumah seperti makanan, air minuman, tudung untuk keluarga mangsa banjir.

 

Turut bersama dalam misi kali ini ialah Yang Dipertua IKRAM Kuala Terengganu, Hj Engku Indong dan para aktivis IKRAM yang lain.

 

Berikutan bencana banjir yang telah melanda Kelantan dan Terengganu, Yayasan Ikram Malaysia mengambil inisiatif melancarkan Tabung Cakna Banjir bagi membantu mereka yang terjejas dan berkeperluan.

 

Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan, dialu-alukan berbuat demikian di www.billplz.com/caknabanjir atau atas nama Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 5621 4240 4402) dengan rujukan ‘Caknabanjir’.

 

Semoga semua penduduk yang diuji dengan banjir kali diberi ketabahan juga kesabaran, dan Allah menggantikannya dengan yang lebih baik.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia