Hormati dan Martabatkan Wanita dalam Masyarakat

Wanita IKRAM sebagai organisasi yang memperjuangkan hak dan martabat wanita berasa bimbang terhadap perkembangan negatif tindakan beberapa tokoh masyarakat kebelakangan ini yang sewenang-wenang menjatuhkan maruah wanita dalam ucapan umum serta mesej dalam media sosial.

Baru-baru ini, kita kecewa dengan sindiran Dato’ Jamal Yunos terhadap Dato’ Siti Norhaliza dengan kata-kata bersifat seksis, lucah serta menghina bukan sahaja kaum wanita tetapi juga kaum lelaki.

Kata-kata yang dikeluarkan Dato’ Jamal itu juga seolah-olah mencabar kuasa Allah kerana anugerah anak merupakan rezeki daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Tindakan menghina seorang wanita dengan kata-kata seksis tentu sekali bukan daripada akhlak seorang muslim dan bukan juga budaya Masyarakat Melayu yang mempunyai nilai-nilai adab yang tinggi.

Sebagai ketua keluarga dan pemimpin masyarakat sebaiknya Dato’ Jamal menunjukkan contoh yang terbaik untuk diteladani semua. Bukankah beliau juga lahir daripada rahim ibunya, yang juga seorang wanita?

Wanita IKRAM percaya rakyat Malaysia lelaki dan wanita daripada pelbagai kaum di negara ini menolak pemimpin yang rendah akhlak dan tidak beradab seperti ini, tidak kira daripada parti mana sekali pun.

Dengan itu, Wanita IKRAM menuntut agar budaya menjatuhkan maruah dan martabat wanita diberhentikan dan dibendung supaya tidak menular dalam masyarakat. Yang terlanjur disarankan agar membuat permohonan maaf secara terbuka untuk pengislahan diri.

Marilah ikuti contoh terbaik kita, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam yang mengajarkan manusia menghormati dan memuliakan wanita.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia