Himpunan Pembebasan Palestin, Ribuan Mengutuk Zionis

Himpunan Pembebasan Palestin, Ribuan Mengutuk Zionis | IKRAM

KUALA LUMPUR, 4 ogos – Seawal jam 6.30 petang, orang ramai mula membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil. Rata-rata memakai pakaian serba putih, bersama mafla dan bendera Palestin sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin serta mengutuk tindakan kejam pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh. Himpunan ini diadakan bertujuan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Palestin.

Himpunan ini bermula dengan Pidato Pembebasan Palestin daripada wakil NGO dan agensi, diikuti Tazkirah dan Tadabur Ibrah Perjuangan Palestin. Apabila masuk waktu maghrib, peserta solat berjemaah bersama diimamkan oleh imam dari negara Palestin. Himpunan ini diserikan dengan persembahan oleh penyanyi Amir Masdi dan Faizal Tahir serta persembahan puisi oleh personaliti Fedtri Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini. 

Dalam ucapan Pidato Kemuncak, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia akan melakukan sedaya upaya dalam menyuarakan pandangan, menyokong perjuangan rakyat Palestin yang mahukan negara merdeka dan berdaulat. Beliau turut memohon agar rakyat Malaysia tidak berhenti berbicara mengenai Palestin serta menyalurkan bantuan, sedekah bagi meringankan beban mereka. Usaha ini bagi meletakkan Malaysia dalam peta sejarah yang bersungguh-sungguh memperjuangkan dan membantu Palestin.

Selain itu, beliau turut menyatakan Malaysia berhasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan di negara ini. Kerajaan akan menyediakan peruntukan dana bagi tujuan berkenaan, selain menzahirkan penghargaan kepada negara-negara yang turut sama memberikan kerjasama bagi melaksanakan misi kemanusiaan itu.

Turut hadir dalam himpunan ini, Hj Badlishah Sham Baharin, Presiden Pertubuhan IKRAM. Dalam sesi ucapannya, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia meneruskan usaha menyokong dan mendoakan pembebasan Palestin.

“Walaupun usaha kita nampak kecil, namun sebenarnya usaha kita besar di sisi Allah dan rakyat global”, ujarnya.

Himpunan kali ini berjaya mengumpulkan lebih 12,000 peserta yang menyokong pembebasan Palestin tanpa mengira perbezaan agama mahupun kaum. Himpunan ini merupakan anjuran Ops Ihsan dan gabungan NGO dalam Ops Ihsan termasuk IKRAM, ABIM, GPM, MAHAR serta kementerian dan agensi kerajaan. Himpunan berakhir dengan persembahan Kumpulan Rabbani dan Awla diikuti Doa Qunut Nazilah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia