Hi-Tea NGO perkasa program kemasyarakatan

Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam program-program kemasyarakatan di samping dapat berkenalan dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan NGO-NGO di sekitar Pahang.

Majlis bermula dengan ucapan dan pengenalan IKRAM oleh Yang Dipertua IKRAM Pahang, En. Suhaimi Mohd. Aripin yang turut menggariskan hasrat dan tujuan Majlis Hi-Tea ini diadakan diikuti dengan ucapan dan pengenalan ringkas daripada setiap NGO jemputan.

  

Lapan NGO yang diwakili pimpinan tertinggi hadir memeriahkan majlis iaitu ABIM Pahang, WADAH Pahang, PERKIM Pahang, MACMA Pahang, Persatuan Kebajikan Anak Yatim (PEKAYA) Pahang, Drug Intervention Community (DiC) Pahang, GEMA Pahang dan IMAM Pahang.

IKRAM Pahang turut merakamkan penghargaan kepada semua pimpinan dan wakil NGO yang telah sudi hadir dan berkongsi pengalaman dan aktiviti-aktiviti NGO masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, pelbagai ruang dan relung NGO masing-masing telah dikenal pasti agar NGO-NGO yang hadir dapat menjalinkan dan mengadakan kerjasama dalam merancang dan melaksanakan program untuk masyarakat di Negeri Pahang.

Dengan berlangsungnya majlis ini, ia diharapkan mampu melonjakkan lagi amal dan aktiviti kemasyarakatan untuk kebaikan dan pembinaan masyarakat di Pahang khususnya dan seluruh negara amnya.

FB: IKRAM Pahang

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia