Kempen Kenali Muhammad SAW: Majlis Hi-Tea pupuk keharmonian

NILAI – Hidayah Centre Foundation (HCF), Rakan Hidayah Nilai dan IKRAM Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Hi-Tea yang dihadiri seramai 52 orang tetamu di Restoran Marhaban Bikum pada 21 November di Dataran Nilai.

 

Turut disertai oleh 10 orang non-Muslim, program ini diadakan bagi merapatkan hubungan dan jurang perbezaan antara kaum Melayu, Cina dan India dengan membawa konsep Keluarga Malaysia.

 

“Saya mengajak hadirin agar berusaha memainkan peranan dan tanggungjawab bagi membentuk keluarga yang utuh agar dapat membina negara yang sejahtera,” kata Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Hj Amirasyid Densibali dalam ucapannya.

 

Beliau berkata, meskipun kita berlainan bangsa dan agama, namun nilai-nilai murni perlu terus disemai dan dipupuk dalam kalangan generasi muda agar keharmonian negara dapat dikekalkan.

 

Majlis ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Kenali Nabi Muhammad SAW’ bagi memperkenalkan idea dan konsep ‘Pembangunan Madinah’ yang berjaya menyatupadukan umat Islam dan masyarakat pelbagai kaum pada ketika itu.

 

Dalam pada itu, Eksekutif HCF, Cik Ain Sumayyah berkongsi cerita tentang sejarah pembangunan Madinah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun dahulu yang berkonsepkan masyarakat harmoni yang saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama.

 

Beliau yang merupakan kaunselor berdaftar turut menyeru kepada tetamu yang hadir agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dengan saling bertanya khabar dan menghormati antara satu sama lain.

 

Selain sesi soal jawab, hadirin juga dihidangkan kuiz bagi menguji kefahaman tentang konsep pembangunan Madinah dan mereka yang berjaya menjawab soalan tersebut diberikan hamper buah yang menarik.

 

Program kebersamaan seperti ini sewajarnya selalu diadakan agar nilai-nilai murni terus dibudayakan dalam Keluarga Malaysia di samping menerapkan nilai kesyukuran, integriti dan amalan musyawarah sebagai amalan keluarga. 

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia