HGIM Sokong JK Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam

HGIM Sokong JK Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam (Jawatankuasa Khas) semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-70 (MKI).

Jawatankuasa Khas ini bertanggungjawab untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

HGIM menyokong penuh penubuhan Jawatankuasa Khas ini dan mengucapkan tahniah kepada 11 anggotanya yang telah dilantik Kerajaan. Ia menggambarkan usaha dan komitmen padu Kerajaan untuk menyelesaikan isu dan konflik bidang kuasa antara Persekutuan dengan Negeri demi memartabatkan dan memperkasa perundangan syariah dan sistem kehakiman syariah di negara ini.

HGIM melahirkan keyakinan segala isu bidang kuasa ini dapat menatijahkan penyelesaian yang terbaik dan tuntas oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, di bawah kepimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Hj Mokhtar.

Semoga semua anggota Jawatankuasa Khas ini menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya untuk memperkasakan perundangan syariah dan mempertingkatkan lagi kedudukan sistem kehakiman syariah di Malaysia, insya-Allah.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia

  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
  2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia