HGIM Seru Tidak Politikkan Kes Nik Elin

HGIM Seru Tidak Politikkan Kes Nik Elin | IKRAM

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) mengikuti rapat perkembangan petisyen difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah.

HGIM menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Bahkan, sebarang komentar mengenai kes ini diklasifikasikan sebagai sub judice kerana ia masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar sebelum ini telah menegaskan bahawa kerajaan akan sentiasa mempertahan serta menambah baik institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Di samping itu, jabatan tersebut sentiasa bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri, termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah negeri yang terletak secara mutlak di bawah Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri.

Jabatan itu juga telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah, yang telah diperakukan sebagai sebuah Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Oleh itu, HGIM berharap semua pihak perlu memahami dan menghormati peranan yang dimainkan oleh kerajaan Persekutuan dan MKI dalam memperkasa institusi mahkamah syariah.

Dalam masa sama, pihak HGIM menyeru semua pihak tanpa mengira latar fahaman politik untuk terus memberi sokongan kepada YB Menteri, Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dalam masa sama martabat Enakmen Syariah di negeri-negeri terus dipertahankan.

Kita sedia maklum bahawa Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah, bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran Rukun Islam di bawah peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai Dua, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan.

Sewajarnya pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam, terlibat sama ada sebagai pencelah, peguam pemerhati atau sahabat mahkamah pada prosiding kes tersebut.

Justeru, amatlah tidak wajar bagi sesetengah pihak untuk mempolitikkan isu ini, memperbesarkannya malah menyemarakkan sentimen agama demi mendapatkan pengaruh dan populariti.

Ini termasuk dengan menyebarkan dakyah yang boleh menjadi fitnah kepada masyarakat, sehingga ia boleh menjejaskan usaha memartabatkan perundangan serta kehakiman syariah yang sedang dijalankan pada ketika ini.

Pada masa sama, HGIM mengesyorkan libat urus menyeluruh dalam usaha pemerkasaan dan pemartabatan Undang-Undang Syariah.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia
1. Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia