HGIM Sedia Jadi Rakan Strategik Pemerkasaan Islam

HGIM Sedia Jadi Rakan Strategik Pemerkasaan Islam | IKRAM

PUTRAJAYA – Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi di bawahnya bagi menyokong agenda memperkasakan Islam.

“Kedua-dua pihak secara asasnya bersetuju bekerjasama bagi memperkasakan hal ehwal Islam di Malaysia dalam aspek pembangunan fitrah, budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah menerusi seminar dan konvensyen yang turut melibatkan masyarakat,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar.

HGIM terdiri daripada empat pertubuhan dakwah utama dalam negara iaitu Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan IKRAM (IKRAM), Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN).

Keempat-empat NGO ini merupakan pertubuhan dakwah yang komited dalam program pembangunan kefahaman Islam serta pemantapan pendakwah yang membawa mesej kesederhanaan dalam Islam.

“Kami juga bersetuju untuk mengukuhkan peranan dan kandungan media Islam yang dapat membangunkan masyarakat yang maju dan progresif serta mengalu-alukan kesediaan pihak HGIM sebagai rakan strategik pembangunan hal ehwal Islam di masa hadapan,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama HGIM pada Khamis.

Na’im berkata, penekanan tentang Islam serta nilai wasatiyyah atau membina gagasan ummatan wasata adalah sejajar dengan program pemerkasaan hal ehwal Islam.

“Ia sedang digerakkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang antaranya menekankan elemen kehormatan institusi Islam dan kesejahteraan insan.”

Menurutnya, usaha-usaha untuk membina negara khususnya dalam pelaksanaan agenda Membangun Malaysia MADANI perlu disokong oleh semua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, HGIM menyatakan kesediaannya menjadi rakan strategik memperkasakan Islam.

“Kami bersedia menjadi rakan strategik Pejabat Menteri JPM – Hal Ehwal Agama dalam menjayakan agenda pemerkasaan Islam di Malaysia.”

HGIM turut menyampaikan resolusi Wacana dan Majlis Pengisytiharan Himpunan Gerakan Islam Malaysia pada 7 Ogos lalu.

“Kami menzahirkan sokongan, dukungan serta kerjasama kepada usaha YB Menteri Agama serta jabatan dan agensi di bawah beliau, untuk menolak ekstremisme dan memperkasakan nilai kesederhanaan Islam (wasatiyyah) ke arah keharmonian, perpaduan serta kemajuan negara.”

Selain itu, HGIM menyatakan dukungan terhadap agenda membangun nilai-nilai Madani dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Kami akan memberi fokus dalam pengukuhan dan pendidikan nilai-nilai madani dari aspek kesederhanaan Islam (wasatiyyah) dan perpaduan ummah ke seluruh lapisan masyarakat sehingga ke akar umbi.

Dalam pada itu, HGIM juga menyatakan akan bekerjasama dalam menangkis sebarang salah faham dan kecelaruan terhadap Islam serta sebarang unsur perpecahan yang menjurus kepada ekstremisme, radikalisme dan kemunduran negara.

Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Presiden IKRAM Haji Badlishah Sham Baharin, Presiden WADAH Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Naib Presiden HALUAN Hj Baderol Allam Awang, serta Ahli-ahli Jawatankuasa NGO gabungan.

Hadir bersama mewakili IKRAM  Timbalan Presiden Jusni Yusoff, Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Ketua Wanita IKRAM Ustazah Hjh Sallawahiu Mohd Salleh.

Terdahulu, HGIM telah dilancarkan pada 7 Ogos 2023 ketika gerakan-gerakan Islam di Malaysia berhimpun bagi mewacanakan berkaitan ‘Islam Wasatiy Membangun Peradaban Ummah’ di International Youth Centre, Kuala Lumpur.

Gerakan-gerakan ini dengan tekad dan semangat, mengisytiharkan penubuhan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) untuk menegakkan pemahaman wasatiyyah dan mencerdaskan umat dalam membina masyarakat madani (berperadaban dan bertamadun).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia