Hentikan Polemik Isu Larang Sebut Kafir di Rumah – IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil serius isu yang dibangkitkan daripada sebuah video yang tular mengenai Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek melarang perkataan ‘kafir’ di rumahnya.

IKRAM berpandangan ucapan beliau telah disalahfahami di luar konteks yang dimaksudkan. Penerangan beliau jelas bahawa pendekatan yang diambil atas dasar mendidik dan mengikis sikap label-melabel, benci-membenci terhadap golongan bukan Muslim di Malaysia.

Isu yang dibangkitkan adalah isu memilih panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian. Maka, tidak timbul isu melarang daripada menggunakan perkataan kafir yang disebut dalam al-Quran.

Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya, Khitabuna al-Islami fi Asril Awlamah, beliau menyatakan bahawa al-Quran telah mengajarkan kita untuk tidak berbicara kepada manusia walaupun mereka kafir, dengan sebutan ‘kafir.’

Tambahnya, al-Quran memanggil orang-orang yang tidak beriman dengan sebutan seperti “Wahai manusia,” “Wahai anak Adam,” “Wahai hamba-hambaKu” atau “Wahai Ahli Kitab.”

Tambahnya lagi, seruan kepada golongan musyrik yang memberikan tawaran kepada Rasulullah SAW agar menyembah tuhan-tuhan mereka setahun dan mereka akan menyembah Tuhan baginda setahun (Al-Kafirun: 1-6), bertujuan memutuskan dengan tegas sebarang usaha untuk berkompromi berkaitan dengan akidah.

Polemik ini mesti dihentikan kerana ia mengheret umat Islam dalam persengketaan yang berterusan. Sebaliknya, umat Islam hendaklah saling menasihati dengan hikmah dan memainkan peranan melaksanakan kewajipan berdakwah kepada golongan bukan Islam di Malaysia.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia