Hentikan Pengyahudian Masjid al-Aqsa!

“Ini berikutan Masjid al-Aqsa telah mengalami serangan dan penafian hak oleh Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” demikian ujar Presiden MAPIM, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili NGO-NGO dalam sidang media “Selamatkan Al-Quds” di Hotel De Palma di sini hari ini.

Menurutnya tindakan ini melanggar hak eksklusif Muslim ke atas masjid tersebut.

“Mereka juga mengambil bahagian tertentu Masjid al-Aqsa untuk menjadi rumah ibadat.”

Sejak 24 Ogos 2015, Israel telah membahagikan masa antara orang Islam dan Yahudi di Masjid al-Aqsa di mana pintu-pintu ditutup pada setiap hari daripada 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.

“Kanak-kanak, wanita dan pelajar tidak lagi dibenarkan untuk memasuki Masjid al-Aqsa pada waktu tersebut manakala Yahudi Radikal dibenarkan untuk menyerbu ke dalam Masjid di bawah perlindungan tentera penceroboh Israel.”

Dalam pada itu, memandangkan kejadian dan keangkuhan Israel yang berterusan ini jelasnya, organisasi, pertubuhan dan pelbagai gerakan di Malaysia telah bertemu hari ini di sini bagi memperhebatkan kempen Selamatkan Al-Quds dengan bertemakan #WillNotBeDivided atau “Tidak Akan Terbahagi”.

“Kami mengutuk tindakan Zionis terhadap Masjid al-Aqsa dan mendesak mereka untuk menghentikan serta mereta segala bentuk serangan di al-Aqsa yang dilakukan berterusan oleh Zionis,” tegas Haji Azmi.
Sidang media tersebut turut menuntut supaya ditamatkan pencerobohan Zionis ke atas al-Aqsa sebagai langkah paling utama jika krisis di rantau itu mahu diselesaikan.

“Justeru kami menyeru kerajaan Malaysia mengambil kira kedudukannya dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama (OIC) dan sebagai sebuah negara Islam untuk memainkan peranan menghentikan Israel meneruskan rancangan membahagikan Masjid al-Aqsa.”

Beliau turut menyeru kerajaan Jordan menegakkan kedaulatannya dalam memikul tanggungjawab melindungi al-Aqsa, memandangkan ia negara itu telah diberi mandat sebagai penjaga al-Aqsa yang diiktiraf Israel.

“Kami amat menghargai peranan besar yang dimainkan oleh saudara-saudara kami, murabitin dan murabitat yang berusaha melindungi Masjid al-Aqsa dari pendudukan Zionis.”

Selain itu, beliau turut mengumumkan sokongan penuh untuk mewujudkan Tabung Baitul Maqdis.

“Kami menyeru rakyat Malaysia untuk menderma bagi dana ini atas nama Al-Quds Foundation Malaysia (CIMB Bank), nombor akaun 8600499329.”

Atas kesepakatan bersama, 30 NGO yang hadir turut mengumumkan bahawa tarikh 2 Oktober ini sebagai Hari Kemarahan dan beliau menyeru rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam menyokong bantahan serangan di al-Aqsa dan al-Quds selepas solat Jumaat.

Dalam mesyuarat tergempar dan sidang media tersebut, IKRAM diwakili oleh Setiausaha Kerja Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa (JKPA), Noorsyazly Rameli. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Tuan Haji Ibrahim Mohamad.

Foto mesyuarat dan sidang media: http://on.fb.me/1Wfrluc

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia