Hentikan pembunuhan di Syria, hentikan campurtangan asing – GSS

Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 90,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai 1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.

Kini, setelah 26 bulan sejak 15 Mac 2011, tentera pembebasan yang digelar Free Syrian Army (FSA) terus berjuang siang dan malam membela rakyat daripada kekejaman. Rejim Bashar al-Assad yang kejam telah menggunakan kereta kebal, senjata-senjata berat, memusnahkan bangunan-bangunan termasuk rumah dan masjid.

Namun, perkembangan yang terbaru di Qusayr menunjukkan bahawa sekutu terbesar Iran, Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan telah mengisytiharkan melibatkan diri secara langsung dalam krisis di Syria.

Gabungan Selamatkan Syria mengutuk pengisytiharan Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hezbollah pada 25 Mei 2013 yang mengisytiharkan penglibatan Hezbollah secara besar-besaran di Syria. Krisis ini akan menjadi lebih buruk dan meruncing dengan penglibatan Hezbollah dalam krisis di Syria.

Iran tidak boleh menafikan penglibatan mereka kerana sumber kekuatan tentera dan persenjataan Hezbollah adalah merupakan bantuan dan pembiayaan daripada kerajaan Iran.

Beberapa sumber juga mengesahkan pembekalan senjata oleh Iran kepada kerajaan Syria melalui laluan udara Iraq.

Dunia tidak harus membiarkan rakyat Syria terus ditindas dan dizalimi oleh Bashar al-Assad dan sekutunya. Semua pihak, tanpa mengira kaum dan agama harus bangkit bagi menyatakan tentangan kepada Bashar al-Assad dan sokongan kepada perjuangan rakyat Syria.

Atas dasar itu, Gabungan Selamatkan Syria menyeru dan memobilisasi rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti bersama-sama rakyat Syria menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad dan campurtangan asing ke atas Syria.

Gabungan ini terdiri daripada 33 NGO pelbagai lapisan kaum dan agama yang bersatu hati bersama rakyat Syria menuntut kebebasan dan keamanan. Sesungguhnya berdiam diri terhadap kezaliman yang menimpa sesama manusia merupakan satu kezaliman.

Gabungan dengan ini menuntut:

1. Campurtangan asing di Syria oleh Iran, Hezbollah dan sekutu mereka mesti dihentikan segera.

2. Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian dan mengutuk kezaliman yang berlaku di Syria dalam sidang khas Parlimen.

Dengan ini juga diumumkan bahawa satu Himpunan Solidariti Syria akan diadakan pada Jumaat, 31 Mei 2013 jam 1.45 petang (selepas solat Jumaat) di Kedutaan Iran, Off Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Memorandum rakyat Malaysia yang diwakili oleh Gabungan Selamatkan Syria akan diserahkan kepada kedutaan Iran.


Seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama, kaum dan budaya dianjurkan untuk bersama-sama perhimpunan rakyat tersebut. Bagi umat Islam, mereka boleh solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, terus bersama ke Kedutaan Iran selepas solat. Untuk keterangan lanjut tentang perhimpunan rakyat ini, sila hubungi Saudara Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin (012-2427422).

Selamatkan Syria! Save Syria!

Naim Jusri

Pengerusi

Gabungan Selamatkan Syria

*Foto dari kiri: Muhammad Solah, Muhammad Qutb (wakil rakyat Syria), Naim Jusri (GSS), Ustaz Megat Mohamed  Amin (AJK IKRAM) dan Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin (Koordinator Himpunan Solidariti Syria).

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia