Henti Budaya Beri Cenderahati – PM

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar tidak memberikan cenderahati kepadanya.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan,” tegasnya ketika Majlis Ramah Mesra Reformis.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, walaupun beliau menghargainya, namun menganggap ia satu amalan yang bercanggah dengan prinsip pentadbirannya.

“Saya hargai niat baik saudara-saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya pada satu hantaran di media sosial.

Pada majlis berasingan, Anwar menjelaskan bahawa beliau telah memberi arahan itu kerana ia membebankan dan juga menimbulkan kebimbangan etika.

Anwar berkongsi pengalamannya ketika pertama kali dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1983 dan kemudiannya melawat Kelantan.

Di sana, dia telah disambut dengan cenderahati oleh seorang pegawai kementerian yang dikenalinya sejak zaman belajarnya di Universiti Malaya.

“Jadi saya kata, dari peruntukan mana? Dia kata bukan peruntukan kerajaan. Jadi? Dia kutip dari semua staf. Saya kata tak munasabah sebab gaji saya sepuluh kali ganda daripada staf kamu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau sempat berseloroh bahawa dia akan menerima cenderahati berupa keledek dan pisang goreng.

“Tapi jangan banyak sangat. Nanti saya jual,” katanya.

Sebelumnya, Anwar berkata beliau akan menggunakan kenderaan sedia ada bagi urusan harian dan menolak daripada menggunakan kenderaan jenis Mercedes Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Keputusan tersebut diambilnya kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.

Pada 27 November lalu, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan membeli kereta rasmi baharu untuk kegunaannya atau melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.

“Ini kerana saya ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan,” jelasnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia