Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa rai kepelbagaian budaya

KUALA LUMPUR – Menjelang Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) yang akan disambut kali ke-12 pada Februari 2022, pelbagai program menarik telah dipersiapkan oleh pihak penganjur.

 

Penganjur utama sambutan ini ialah Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia (TFM), JOAS (Jaringan Orang Asal SeMalaysia) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

 

Pengerusi Jawatankuasa HBIA 2022, Ng Yoon Kin berkata, Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa amat penting dalam usaha meningkatkan perpaduan antara rakyat Malaysia.

 

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menyambut dan meraikan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa ini. Sidang media yang diadakan pada Rabu secara dalam talian dihadiri setiap wakil organisasi terlibat membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan.

 

Antara aktiviti utama yang akan diadakan ialah Karnival Hari Bahasa Ibunda pada 20 Februari 2022 di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) dan Majlis Sambutan HBIA secara dalam talian pada 21 Februari 2022 di pautan https://fb.com/IMLDMalaysia.

 

Selain itu, turut diadakan pertandingan menulis esei dan lukisan pelajar sekolah rendah, pertandingan seni kolaj atau aktiviti lain bagi pelajar sekolah menengah dan forum belia.

 

Sambutan yang turut mendapat kerjasama KLSCAH, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Merdeka University dan The Association of Graduate Universities & Colleges in China, Malaysia (Liu Hua) ini telah disambut pada 21 Februari setiap tahun.

 

Ia juga dijayakan oleh rakan strategik sambutan iaitu The Malaysia National Commission of UNESCO (NATCOM Malaysia), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN).

 

UNESCO telah mengisytiharkan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut pada 21 Februari setiap tahun semenjak 17 November 1999 bagi mengiktiraf kepelbagaian bahasa dan budaya dalam kalangan penduduk dunia dengan menginterpretasikan bahasa ibunda.

 

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak bahasa ibunda dan merupakan satu daripada 28 buah negara yang menyokong pengisytiharan tersebut.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia