Hari Keluarga Hulu Selangor jalin ukhuwah di jalan dakwah
HULU SELANGOR – Kesegaran tapak perkhemahan dengan rimbunan pohon menghijau dan air sungai yang jernih, selain kemudahan asas seperti dewan utama, surau, dewan makan dan bilik air yang agak selesa pasti meninggalkan kenangan manis kepada lebih 150 ahli dan rakan IKRAM bersama keluarga masing-masing yang hadir ke program ‘Hari Keluarga IKRAM Hulu Selangor 2011’ semalam.