Hari Kanak-kanak Antarabangsa: Beri kesedaran, bukan sekadar meraikan

Amat menyedihkan sekali, penganiayaan terhadap kanak-kanak berlaku di seluruh dunia,” demikian ujar Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Asmah Ibrahim dalam kenyataannya sempena Hari Kanak-kanak Antarabangsa yang disambut setiap tahun pada 1 Jun.

Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang dieksploitasi sebagai buruh di sesetengah negara dan ramai juga kanak-kanak yang tidak berdosa ini hidup menderita terhimpit dalam konflik peperangan di negara-negara bergolak.

“Penculikan, penyiksaan dan pembunuhan kanak-kanak juga berlaku dan lebih menyedihkan lagi apabila serangan dilakukan ke atas sekolah-sekolah dan hospital-hospital yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan terbaik untuk mereka.”

Justeru, keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kehidupan yang sempurna, makanan yang seimbang, pendidikan yang teratur, kemudahan pembelajaran yang terbaik dan sebagainya.

“Ini adalah realiti yang sedang berlaku ke atas kanak-kanak di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang sedang mengalami peperangan dan sudah pasti ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam di dalam jiwa mereka seperti trauma fizikal dan kesan psikologi,” jelas Che Asmah.

Sehubungan dengan itu, sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa 2016, Wanita IKRAM menyarankan:

1. Masyarakat perlu sentiasa peduli dan terus membantu pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan pihak sukarela yang menguruskan dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak setempat mahupun kanak-kanak di seluruh dunia seperti rumah-rumah perlindungan, rumah anak-anak yatim dan kem-kem pelarian melalui bantuan tenaga dan juga kewangan.

2. Masyarakat setempat perlu lebih prihatin dan peduli dengan situasi-situasi yang mengancam keselamatan kanak-kanak yang berada di sekitar tempat tinggal mereka serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa seperti pasukan keselamatan sekiranya berhadapan dengan keadaan yang mencurigakan.

3. Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa mengambil berat dan memantau keselamatan kanak-kanak serta menekankan aspek keselamatan diri ini sedari kecil lagi.

4. Media massa juga mempunyai peranan penting dalam menyampaikan mesej perlindungan keselamatan kepada semua lapisan masyarakat. Pada masa yang sama, unsur-unsur negatif seperti keganasan serta bahan lucah dan seksual perlu di sekat sepenuhnya kerana ia boleh mempengaruhi minda dan nafsu yang menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya jenayah.

5. Badan-badan bukan kerajaan perlu memperhebatkan usaha-usaha memberi kesedaran dan kemahiran mengenai perlindungan kanak-kanak kepada pelbagai golongan masyarakat melalui pelbagai bentuk program seperti ceramah, kempen kesedaran, bengkel dan latihan-latihan keselamatan.

6. Pihak kerajaan serta pihak bertanggungjawab perlu meningkatkan usaha bagi membenteras kegiatan-kegiatan yang tidak diingini daripada terus berleluasa dalam masyarakat. Rondaan-rondaan pihak polis sudah tentu dapat membantu orang ramai dan mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku.

7. Semua bentuk penganiayaan terhadap kanak-kanak hendaklah dihentikan serta-merta dan usaha-usaha penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak perlu dilaksanakan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab oleh seluruh anggota masyarakat.

Che Asmah turut mengajak semua pihak supaya bersama-sama berusaha membina masa depan yang terbaik untuk kanak-kanak Malaysia dan seluruh dunia kerana mereka adalah harapan dan masa depan.

“Semoga segala usaha-usaha ini akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara rahmah yang melindungi dan memberikan hak kepada setiap warganya,” ujarnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia