Hampir 2,000 jayakan Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2015

harmoni15 10

HARMONI’15 merupakan program anjuran IKRAM Siswa dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Asean Young Leaders Forum (AYLF).

Menurut ucapan aluan oleh Setiausaha Agung IKRAM Siswa, Saudara ‘Asim ‘Abdullah Ainullotfi objektif penganjuran HARMONI’15 adalah untuk mengumpulkan kesemua mahasiswa IKRAM dari seluruh Malaysia dalam satu perhimpunan untuk mendengar dan membahaskan Gagasan Kampus Harmoni yang akan disampaikan oleh Presiden IKRAM Siswa,perkongsian ilmu daripada tokoh-tokoh terkenal serta hiburan alternatif.

Dr Mohd Parid, Marwan serta pelancaran SKUBA dan SPEKTRUM

HARMONI’15 telah dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad diikuti dengan pembentangan Ucapan Dasar bertajuk “Kampus Harmoni Negara Rahmah” yang disampaikan oleh Presiden IKRAM Siswa, Saudara Marwan Abdullah.

HARMONI’15 juga telah menyaksikan pelancaran dua institusi di bawah IKRAM Siswa iaitu Skuad Bantu (SKUBA) yang merupakan institusi di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kesukarelawanan IKRAM Siswa Nasional dan Sekolah Pendidikan Ekonomi dan Politik Rakyat (SPEKTRUM) yang merupakan institusi di bawah Jawatankuasa Politik IKRAM Siswa Nasional.

Penyampaian Dr Harlina dan Ustaz Hasanuddin

Program kemudiannya diteruskan di sebelah petang dengan pengisian-pengisian yang disampaikan oleh tokoh-tokoh terkenal antaranya Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj yang menyampaikan tajuk “Menangani Kepelbagaian” dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Timbalan Presiden IKRAM yang menyampaikan tajuk “Membangun Mahasiswa Negarawan”.

Sebelum sesi kedua HARMONI’15 pada sebelah petang tamat, sebuah dialog telah diadakan antara IKRAM Siswa Nasional dengan peserta yang hadir yang dipengerusikan oleh saudara Aiman bin Mohd Zin. Pada sebelah malam pula, peserta dihidangkan dengan sebuah konsert yang mengetengahkan hiburan alternatif.

Persembahan percussion, kumpulan Zeeyad dan Raihan

Konsert tersebut yang diacarakan oleh Dai Azam al-Kankari dan Saudara Syed Safwan Ibrahim bermula dengan upacara penutupan Kempen Islam Rahmatan lil ‘Alamin anjuran JK Dakwah IKRAM Siswa Nasional, persembahan daripada Kelab Percussion Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), persembahan puisi, persembahan nasyid oleh Kumpulan Zeeyad, persembahan daripada graduan Madrasatul Hayah IKRAM (MH-i) dan diakhiri dengan persembahan daripada kumpulan nasyid terkenal, Raihan.

Menurut Pengarah HARMONI’15, Saudara Muhammad Fikri Ahmad, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran HARMONI’15 kali ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli IKRAM Siswa yang telah hadir menyokong dan menjayakan HARMONI’15. Tidak lupa juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program yang terdiri daripada ahli IKRAM Siswa sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.”

HARMONI’15 yang bermula pada jam 9.00 pagi telah melabuhkan tirainya tepat pada jam 11.00 malam.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia