Hadiah Hari Guru: Menanti Berita Lebih Gembira

‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani,’ sangat cantik dan indah tema sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Sehari sebelum 16 Mei 2023, laporan media mengatakan akan ada ‘hadiah’ yang menurut jangkaan Menteri Pendidikan untuk memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara. 

Beliau membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh.

“Tunggu esok, insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan kepada ekosistem pendidikan dan negara,” katanya.

Maka pada Selasa lalu, telah diumumkanlah 10 prakarsa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk guru-guru, iaitu:

1. Penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2022: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.

2. Perluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

3. Perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.

4. KPM bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.

5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan sewaktu bertugas.

6. Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru.

7. Mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia.

8. Mempertingkat peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YTGHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.

9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.

10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.

Hasrat murni KPM bagi menggembirakan para guru sesuatu yang amt baik. Namun, hasrat itu mungkin perlu diperteguhkan lagi dengan melihat secara dasar isu-isu yang melingkari kerjaya perguruan juga juga sistem pendidikan negara.

Cadangan ‘Hadiah’

Oleh itu, cadangan-cadangan ‘hadiah’ oleh Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad untuk menggembirakan guru wajar diberi perhatian.

1. Semua bilik guru disediakan penghawa dingin serta disediakan meja dan ruang kerja yang sesuai. Ini akan meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan guru untuk bekerja.

2. Kemudahan pinjaman peribadi yang khusus untuk guru-guru dengan kadar faedah pinjaman yang paling minima.

3. Cuti guru (cuti sekolah dan cuti hujung minggu) tidak ‘diganggu’ dengan arahan pentadbir sekolah dan daerah.

4. KPM akan sediakan peruntukan supaya semua sekolah menyediakan kemudahan bilik cetak untuk kegunaan guru-guru mencetak, membuat salinan fotostat untuk tujuan pembelajaran murid. Pencetak dan kertas disediakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

5. Guru-guru yang membawa murid-murid keluar daripada sekolah untuk tujuan aktiviti atau pertandingan akan disediakan kereta/van sewa bersama pemandu.

6. Hadiah Latihan Persekutuan untuk guru-guru ditambah bilangannya untuk guru-guru melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan doktor falsafah.

7. Disediakan pembantu guru bagi kelas yang mempunyai 40 murid dan ke atas.

Bukan Hanya Mengajar

Tidak dinafikan, peranan guru kepada pembangunan negara amat besar. Individu-individu yang berjaya tentunya daripada tunjuk ajar para guru.

Tentunya, dalam apa jua pekerjaan, emosi dan mental akan mempengaruhi tugasan dan ia tidak terkecuali kepada para pendidik.

Insan mulia ini diberi tanggungjawab berat untuk mencapai kadar peratusan kualiti yang tinggi, tetapi berdepan pula dengan tugasan-tugasan yang tidak sepatutnya.

Tidak terkecuali, dasar dan sistem yang berubah-ubah juga merupakan bebanan kepada guru-guru.

Silap kalau sesiapa yang beranggapan tugas guru hanya mengajar, sebaliknya mereka juga diberi tugas menjaga hal ehwal murid serta tugasan pentadbiran dan kerja perkeranian.

Memang benar, penghormatan sewajarnya harus diberikan kepada golongan pendidik jika mahu melihat Malaysia membangun sebagai sebuah negara bangsa yang kuat. 

Tarikh 16 Mei merupakan hari yang indah bagi para guru di seluruh negara kerana tarikh keramat yang diingati bukan sahaja warga pendidik, malah seluruh rakyat Malaysia.

Apalagi ketika di bangku sekolah, tarikh tersebut sentiasa ditunggu-tunggu murid untuk meraikan guru-guru. Maka, tarikh tersebut sentiasa mekar dalam ingatan.

Oleh itu, masih belum terlambat untuk KPM mendengar suara-suara rintihan para guru yang sentiasa berusaha mendidik memandaikan anak bangsa.

Ambillah peduli segala luahan mereka agar reformasi Kerajaan Madani dapat direalisasikan hingga para pendidik menikmati kegembiraan yang sebenarnya sebagai seorang cikgu.

Selamat Hari Guru buat sekalian pendidikku.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia