Benarkah guru sering ditindas?

Isu berkaitan guru kebelakangan ini sangat ketara memenuhi ruang-ruang media sosial. Ada yang berani menyuarakan secara telus dan benar. Seterusnya, kerana keberanian itu, mereka perlu ‘mengadap’ Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Tidak terkecuali sebaliknya, ada yang memendam sendiri berikutan takut atau tidak rajin mendepani ‘amaran-amaran’ tertentu daripada pihak atasan.

 

Begitu juga saluran media negara yang tidak mengetengahkannya atau kata tepat mensensasikannya agar pihak yang sepatutnya peduli dan tersentak.

 

Dalam soal ini, bukan ingin menuding siapa yang menjadi kerajaan atau tidak, tetapi sewajarnya pihak yang memegang kuasa perlulah peka dan peduli dengan permasalahan atau cabaran yang dihadapi oleh para guru.

 

Sebagai contoh, terdapat guru yang menyuarakan rasa mereka terhadap pihak pengurusan sekolah atau pihak atasannya dengan sesuatu seperti yang menyentuh isu kebajikan guru, keprihatinan, bebanan tugas, permasalahan dan cabaran-cabaran lainnya.

 

Apa yang sadisnya, apabila disuarakan, mereka yang berkaitan itu akan dikenakan amaran dan tindakan yang hakikatnya sedikit pun tidak wajar dikenakan apa-apa tetapi diambil perhatian dan peduli oleh pihak atasan.

 

Sampai bila permasalahan guru-guru perlu didiamkan kerana pihak tertentu? Apabila isu pelajar, laju sahaja tindakan dikenakan kepada guru oleh pihak tertentu, namun tidak demikian untuk situasi yang dialami oleh guru-guru.

 

Benarkah kebajikan semua pihak terjaga?

 

Baru-baru ini tular isu seorang lelaki yang mendakwa sebagai guru diasingkan di bilik simpanan stor tukang cuci oleh pihak sekolah di Ipoh kerana belum menerima vaksin Covid-19.

 

Sebagai masyarakat yang peduli, tentu setiap kita merasakan tindakan itu tidak sewajarnya terjadi, apatah lagi balasan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon sebagaimana dilaporkan media, menggesa orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu.

 

“Pada saya elok jangan kita uar-uarkan perkara ini kerana akan menjadikan keadaan bertambah keruh. Jangan buat spekulasi dan tunggulah laporan penuh,” katanya yang juga Timbalan Presiden MCA pada 27 November lalu.

 

Menurutnya, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak khususnya murid dan guru ketika berada di sekolah bagi sesi pembelajaran secara bersemuka.

 

Demi kelangsungan pendidikan negara

 

Pada hemat saya, ini bukan soal keadaan bertambah keruh atau tidak. Sewajarnya beliau memberikan maklum balas yang menenangkan apalagi membela para pendidik.

 

Isu tersebut perlu diselami kerana bukan satu yang tular. Bahkan, sebelumnya telah ada isu guru yang tidak divaksin dilayani dengan tidak sepatutnya.

 

Justeru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar mendengar dan mencari solusi dengan baik segala isu yang dilontarkan, bukan menambahkan bebanan para guru atau langsung tidak mempedulikan suara-suara mereka.

 

Ini kerana pendidikan anak bangsa bermulanya daripada ‘tangan-tangan’ mereka seorang guru yang gigih melaksanakan tanggungjawab.

 

Maka, prihatinlah dengan luahan-luahan para guru demi kelangsungan pendidikan anak bangsa negara ini.

 

Sebagaimana memetik kata-kata seorang guru yang berani memperjuangkan kerjayanya dengan menggunakan slogan “Berjuang dengan adab, melawan dalam hormat”:

 

“Semoga sistem pendidikan negara kita akan ada perubahan positif dan menjadi lebih gemilang selepas ini.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia