Guna kaedah al-Quran untuk berdialog dengan bukan Islam – Syeikh al-Qaradaghi

Menurut beliau, dalam hubungan sesama manusia untuk mencari kebenaran, Islam menyuruh setiap Muslim untuk berusaha ke arah ini (kebenaran) dan meletakkan satu kaedah yang disepakati bersama.

“al-Quran menyuruh kita bercakap kepada orang-orang yang menyembah berhala, apa hubungan kita dengan mereka, samada berada atas hidayah ataupun berada atas kesesatan.

“Dalam satu ayat yang lain, al-Quran menggunakan bahasa yang sangat tinggi, sangat beradab, yang sangat sopan, halus, yang ditujukan kepada orang-orang yang kafir yang menyembah berhala ini,” jelasnya.

Beliau merujuk uslub al-Quran dalam mendekati non-Muslim dalam Surah Saba’ (surah ke-34) ayat 25 yang bermaksud:

(Oleh itu) katakanlah (wahyu Muhammad): “Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan”.

Menurut beliau, kalimah seperti “Kamu bersalah”, “Kamu buat jenayah”, “Kamu sesat”, bukanlah bahasa yang sesuai digunakan untuk memulakan perbincangan dan dialog dengan masyarakat bukan Islam.

Dalam Surah Saba’ ayat 25 itu, kesalahan dinisbahkan kepada kita (orang Islam), amal pula dinisbahkan kepada mereka (orang kafir) adalah satu uslub yang sangat halus, cermat dan menjaga adab.

“al-Quran tidak berkata “Aku/kami berada di atas kebenaran, kamu di atas kebatilan”, untuk memulakan seperti itu untuk berdialog (dengan non-Muslim),” katanya.

Jelas beliau, inilah yang diajarkan kepada kita oleh al-Quran bagaimana uslub yang tinggi, uslub yang berbahasa baik sebegini perlu digunakan.

“Kita tidak boleh terus kata kepada mereka, “Kamu berada di atas kebatilan”, terus bermula dengan itu, hari ini kita tengok orang-orang muda yang keras ini, bukan sahaja orang kafir yang bercakap keras, malahan sesama orang Islam pun sama, (seperti) “Kamu kafir”, “Kamu fasik”.

“Jadi, kita mahu supaya syabab (pemuda) atau umat Islam masukkan dalam kepala dan biar tertanam dalam jiwa kaedah sebegini (kaedah al-Quran) yang sepatutnya kita mulakan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam Kuliah Umum yang bertajuk “Hidup Bersama Secara Damai Antara Muslim Dan Bukan Muslim Di Negara Islam Dari Sudut Pandangan Fiqh Maqasid” anjuran Jawatankuasa Ulama IKRAM di Kompleks IKRAM di sini.

Video kuliah: https://www.youtube.com/watch?v=7HFRtV4lfDY

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia