GSS: Hentikan Kepungan Kem Yarmouk

Kem ini sudah terkepung sejak lebih 200 hari dan kini keadaan menjadi amat genting dan kritikal. Di samping sekatan bantuan, pelarian di kem tersebut juga berhadapan dengan serangan darat dan juga pengeboman oleh pesawat tentera rejim.

Wanita dan kanak-kanak adalah yang paling terkesan akibat kepungan ini dan menyumbang kepada jumlah korban yang terbesar.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 45,000 orang di Yarmouk, kebanyakannya rakyat Palestin, dikepung oleh tentera kerajaan dan tidak mempunyai akses kepada bekalan makanan dan perubatan. Situasi mereka ini digambarkan berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan.

Krisis kemanusiaan ini semakin menjadi-jadi seiringan dengan konflik di Syria yang semakin berpanjangan. Semenjak tercetusnya konflik di Syria, sebanyak puluhan ribu pelarian Palestin di Syria telah terperangkap di kem tersebut demi mengelakkan pertempuran yang berlanjutan antara tentera rejim yang setia kepada Bashar al- Assad dan juga para pejuang mujahidin.

Dunia tidak harus membiarkan pelarian Kem Yarmouk terus ditindas dan dizalimi oleh Bashar al-Assad. Semua pihak, tanpa mengira kaum dan agama harus bangkit bagi menyatakan tentangan kepada Bashar al-Assad yang semakin hari semakin menunjukan kekejaman rejimnya tanpa batas.

Krisis ini memerlukan campurtangan dunia secara lebih tegas kerana pelarian Palestin yang seharusnya dilindungi telah dizalimi oleh Kerajaan Syria, di bawah pimpinan Bashar al-Assad yang sebelum ini dikenali sebagai pejuang pembebasan Palestin kerana memberikan ruang kepada Hamas untuk bertapak di Damsyik.

Namun, peristiwa ini membuktikan sebaliknya.

Oleh yang demikian, Gabungan Selamatkan Syria menggesa:

1. Hentikan serta-merta kepungan terhadap Kem Yarmouk.
2. Bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Kem dan dijamin keselamatan aktivis kemanusiaan.
3. Rakyat Malaysia prihatin dengan menghulurkan bantuan kewangan bagi mengatasi penderitaan pelarian yang menghadapi kebuluran.
4. Kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif menggesa badan dunia PBB dan OIC khususnya untuk meningkatkan tekanan ke atas rejim Bashar supaya menghentikan kepungan dan pembunuhan ke atas rakyat Syria dan Palestin.

Naim Jusri
Pengerusi
Gabungan Selamatkan Syria (GSS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia