GRAND B.E.S.T BELAJAR™: Dekat dengan Allah faktor kejayaan

Program motivasi dan bimbingan anjuran Kelab Remaja IKRAMTeens, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Syed Faizal Training & Consultant di Dewan Muktamar JAWI pada Sabtu 3 Oktober lalu di sini dihadiri hampir 400 pelajar daripada beberapa sekolah menengah sekitar Lembah Klang. 

Program yang memfokuskan kepada persediaan motivasi pelajar dalam menghadapi peperiksaan terutamanya PT3 dan SPM ini telah menghimpunkan jurulatih-jurulatih profesional seperti Cikgu Syed Faizal, Coach Hafiz Bai dan Ummi Rosmaria.

Antara intipati utama program ini ialah Hablun Minallah iaitu memberikan tips dan amalan ibadah serta doa yang harus diamalkan setiap hari sebagai pengukuhan hubungan pelajar dengan Allah.

Pelajar juga didedahkan dengan Sistem Belajar Visual di mana pelajar akan mempelajari sistem visual yang merupakan suatu kaedah baru dalam ilmu sains terkini yang dinamakan Neuro Linguistic Programming (NLP). Pelajar akan dapat menggunakan teknik ini dalam proses hafalan dan pembelajaran mereka seterusnya menghadapi peperiksaan mereka dengan lebih efektif.

Selain itu, para peserta turut mempelajari Sistem Nota B.E.S.T BELAJAR™ iaitu kaedah mencipta nota dan mengaplikasikannya di sekolah mereka. Kaedah atau teknik ini amat berkesan kerana pelajar akan dapat mengingati apa yang mereka tulis sejurus mereka menyiapkannya.

    

Sebahagian peserta GRAND B.E.S.T BELAJAR™ serta para jurulatih dan pembantu program

Pihak GRAND B.E.S.T BELAJAR™ turut merakamkan penghargaan kepada pihak JAWI, IKRAMTeens Pusat dan Wilayah Persekutuan, Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), Yayasan Bunga Raya, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Parlimen Belia Malaysia atas sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada Dr Mohamad Zain Dolah (Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI), Hj Shahrul Aman Mohd Saari (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Remaja IKRAM), Saudara Muhammad Fikri Ahmad (UIAM & Ahli Parlimen Belia Malaysia), Hj Hassan Unir (YDP Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT)) serta Saudara Rafiq Khairudin (Pengarah IKRAMTeens Pusat) atas kesudian menghadiri perasmian penutup program GRAND B.E.S.T BELAJAR™ ini.

Semoga segala tip dan ilmu yang dikongsikan para jurulatih program ini memberi manfaat buat para peserta dan semoga ukhuwah yang terbina kekal selamanya. GRAND B.E.S.T Belajar! Belajar BEST, Result BEST, Memang BEST!

FB IKRAMTeens: https://www.facebook.com/IKRAMTeens
Web & FB Syed Faizal: http://syedfaizal.net/ | https://www.facebook.com/syedfaizalnet
Web & FB Hafiz Bai: http://coachhafizbai.com/ | https://www.facebook.com/coachbai

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia