Graduan IMPAK Online tekad tingkatkan akademik anak-anak

Para peserta adalah dari beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu PA Sri Perlis 2, PPR Jelatek, Pangsamurni Keramat Jaya 2 dan PPR Taman Wahyu diraikan dalam majlis ini yang telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh.

 

Suasana di Dewan Tabung Haji

 

Program IMPAK (Ibu bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak) secara dalam talian atau dikenali sebagai IMPAK Online ini merupakan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan sokongan Yayasan Hasanah (melalui Geran Khas Hasanah (HSG) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang telah bermula dari Januari hingga April 2021.

 

“Objektif utama program ini adalah agar golongan ibu bapa muda B40 berpeluang meningkatkan akademik anak-anak melalui kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam 10 modul,” kata Pengarah Majlis, Datin Seri Junaidah Ahmad.

 

Peserta bergambar dengan latar belakang IMPAK

 

Tambahnya, berikutan pandemik Covid-19, program ini dilaksanakan secara dalam talian buat pertama kali dengan fokus untuk membantu ibu bapa dan dengan menambah baik ilmu keibubapaan, secara tidak langsung dapat meningkatkan kecemerlangan pembelajaran anak.

 

“Dalam IMPAK Online ini, sebanyak 10 modul yang terdiri daripada kemahiran belajar serta pengurusan keluarga untuk panduan ibu bapa telah berjaya disampaikan kepada para peserta yang juga dikenali sebagai ‘Very Important Parents‘ (VIP),” jelas beliau.

 

Puan Shahrul Bariah memberikan ucapan

 

Menurut salah seorang peserta IMPAK Online, Puan Shahrul Bariah, banyak ilmu keibubapaan yang beliau belajar contohnya dalam Modul 1.

 

“Pelbagai video ditayangkan sangat menyentuh hatinya sehingga mengalirkan air mata.”

 

“Selepas pembelajaran modul 1, saya cuba menjadi seorang ibu yang lebih positif terhadap anak saya,” katanya.

 

Sekretariat IMPAK

 

Para peserta turut mengucapkan terima kasih kepada pihak IKRAM dan IMPAK kerana memberi peluang kepada mereka menjadi peserta bagi mempelajari ilmu keibubapaan dan majlis graduasi ini menjadi simbol kejayaan dalam berjuang selama 10 modul IMPAK Online.

 

“Diharapkan ibu bapa yang menghadiri modul IMPAK dan majlis graduasi semalam berjaya mengaplikasikan ilmu keibubapan ini terhadap anak-anak dan secara tidak langsung membantu anak dalam pembelajaran mereka,” ujar Junaidah.

 

#HasanahHeroes
#HSG2020
#PRIHATIN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia