GPS SPM Antara Sekolah Tidak Boleh Dibandingkan

GPS SPM Antara Sekolah Tidak Boleh Dibandingkan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Gred Purata Sekolah (GPS) merupakan skor purata pencapaian pelajar di sebuah sekolah dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob, skor GPS dalam keputusan SPM 2023 baru-baru ini tidak boleh dibandingkan antara sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain.

“GPS antara sekolah tidak boleh dibandingkan kerana sekolah mengambil pakej mata pelajaran yang pelbagai,” kata beliau.

Tambahnya, senarai pencapaian sekolah yang ditularkan bukan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Senarai yang diedarkan dibuat oleh pihak ketiga berdasarkan maklumat yang dikutip sendiri dan tidak meliputi semua sekolah.”

“Untuk makluman, terdapat lebih 2,300 buah sekolah menengah di Malaysia,” jelas beliau yang juga Pengerusi Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis. 

Menurutnya lagi, bagi penggubal dan pelaksana kurikulum, skor GPS dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) membolehkan mereka membuat penambahbaikan serta mengenal pasti titik kekuatan dan kelemahan masing-masing, terutama dalam mata pelajaran tertentu.

“Pencapaian sekolah dipengaruhi banyak faktor termasuk gabungan mata pelajaran, kemampuan pelajar, prasarana sekolah, guru, pengurusan dan sistem sokongan yang lain.”

Jelasnya lagi, pencapaian SPM adalah satu ukuran pencapaian bagi satu aspek pendidikan iaitu akademik, tetapi ia bukan segala-galanya.

“Ukuran hasil pendidikan yang kita hasratkan melampaui pencapaian akademik SPM. Pembinaan sahsiah dan kemenjadian murid yang seimbang yang menjadi hasrat kita.”

“Hal ini tidak bermakna kita hendak mengesampingkan pencapaian akademik dan yang penting ialah tidak terlalu berat ke satu aspek dan meninggalkan yang lain,” tambah beliau.

Ujar Prof Omar, perkara ini sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat  untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia