IKRAM giat santuni mangsa banjir

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama beberapa institusinya telah dan sedang giat menyantuni mangsa-mangsa banjir.

 

“Alhamdulillah, kolaborasi ahli-ahli IKRAM dan sukarelawan institusi-institusinya giat turun padang untuk menyalurkan bantuan,” kata Penolong Setiausaha Agung, Hj Ismail Yusoff Awang. 

 

Sukarelawan pembersihan di Hulu Langat.

 

Beliau menjangkakan kehadiran ahli-ahli dan sukarelawan yang lebih ramai, mencecah ribuan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir.

 

“Kita sudah lantik wakil IKRAM di kawasan-kawasan terjejas bagi memudahkan penyelarasan bantuan dan kehadiran sukarelawan.”

 

Jelas beliau yang juga Ketua Unit Pembangunan Institusi IKRAM, pelbagai bentuk bantuan dan khidmat disalurkan oleh ahli-ahli IKRAM dan sukarelawan institusi dari semasa ke semasa bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

 

Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa menyalurkan bantuan di Shah Alam

 

“Bantuan tidak terhad kepada pek makanan sahaja, bahkan kita juga memberikan pek kebersihan, khidmat membersihkan rumah, termasuk sekolah, masjid dan surau, serta kit ujian Covid-19.”

 

“Kelengkapan seperti lampin pakai buang, bantal, selimut, toto, kain dan sejadah, termasuk barang keperluan harian turut disertakan,” tambah beliau ketika dihubungi wartawan IKRAM.

 

Sukarelawan pembersihan Yayasan IKRAM Malaysia di Hulu Langat.

 

Kata Ismail lagi, bantuan dan sumbangan tersebut telah dan sedang diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.

 

“Pusat Operasi Bantuan Banjir IKRAM sentiasa memantau pelaksanaan agihan semua sumbangan orang ramai melalui institusi-institusi yang diamanahkan.”

 

Pasukan perubatan IKRAM Health di PPS Kuantan.

 

Menurutnya, masih banyak kerja-kerja pascabanjir yang memerlukan komitmen semua pihak, kerana tahap kerosakan harta benda amat tinggi, bantuan pembersihan kediaman amat diperlukan dan banyak barang yang rosak perlu dibaiki atau diganti secara berperingkat.

 

“Kita juga merancang untuk mengagihkan beberapa peralatan asas rumah yang penting untuk mangsa banjir, bergantung kepada tahap kemampuan kewangan institusi-institusi IKRAM yang ada, hasil sumbangan orang ramai.”

 

Beliau turut menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan sumbangan kewangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun institusi-institusi IKRAM berikut:

 

  1. Yayasan IKRAM Malaysia – https://www.billplz.com/caknabanjir
  1. MyCARE – https://mycare.qrd.by/bencana
  1. Hidayah Centre Foundation – https://bit.ly/TBencana
  1. IKRAM Health (Bantuan perubatan) – https://www.billplz.com/danabanjirIH
  1. Belia Harmoni (Mahasiswa) – https://www.billplz.com/DaruratBanjirHarmoni

 

Foto utama: Sukarelawan pembersihan di Kuantan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia