Gerakan Islam Perlu Tawar Solusi Kepada Masyarakat

Gerakan Islam Perlu Tawar Solusi Kepada Masyarakat

KUALA LUMPUR – Dalam dunia yang sudah berubah pantas, gerakan Islam perlu menawarkan solusi yang bersifat multidimensi kepada masalah yang menyelubungi masyarakat dan negara, kata Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin.

“Gerakan Islam ada sumber, kepakaran, jaringan, taburan, media dan sebagainya,” jelas beliau.

Beliau memberi contoh bagaimana IKRAM telah memperkenalkan beberapa modul solusi seperti program berkaitan pendidikan kanak-kanak dan juga modul kekeluargaan berhubung pendidikan keluarga dan sosial.

“Sekarang, IKRAM sedang usahakan ke arah mencari solusi membasmi kemiskinan dari sudut pelbagai dimensi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyebut, gabungan beberapa pertubuhan Islam yang terbesar dan lama di Malaysia melalui Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) merupakan usaha bersejarah yang sangat penting ke arah usaha mendidik masyarakat.

Tambahnya, masyarakat perlu dididik agar mengutamakan kesederhanaan, menjauhi unsur yang melampau tetapi dalam masa yang sama, mengutamakan ketinggian dan kecemerlangan dalam setiap hal. 

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel Seminar Peranan Ulama Dalam Membina Malaysia MADANI yang diadakan pada Sabtu, 11 Mei yang lalu di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, di sini.

Mengupas tema ‘Penglibatan Tokoh Ulama Antarabangsa dan Gerakan Islam,’ turut menjadi ahli panel ialah Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman dan Pengarah Eksekutif IDE, Hj Amidi Abdul Manan.

Dalam seminar itu, Badlishah Sham menyatakan, enam tonggak (Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan serta Ihsan) yang menjadi teras kepada Malaysia MADANI bakal memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

“Negara MADANI hendak membawa nilai dan inilah yang paling penting, iaitu membina nilai-nilai tinggi, nilai luhur yang murni dalam masyarakat,” jelas beliau.

Menurutnya, ini telah dibuktikan oleh teori tokoh sains sosial, Ibnu Khaldun yang menyatakan asas pembinaan sebuah tamadun adalah membina nilai.

Ujarnya, masyarakat yang mempunyai nilai baik akan memilih pemimpin yang baik dan seterusnya membina kebaikan yang berterusan dalam masyarakat.  

Justeru, beliau menyarankan agar gerakan Islam fokus dalam usaha pengislahan masyarakat berteraskan al-Quran dan Sunnah. 

“Melalui al-Quran dan Sunnah, kita dapat membina jiwa yang segar, bersih, sentiasa ingat Allah SWT, sentiasa cakna, menyebarkan kasih sayang dan rahmah pada seluruh alam.”

Tambah beliau, ulama antarabangsa perlu dilibatkan dalam dunia yang bergerak pantas tanpa sempadan.

“Kita ada ulama Nusantara dari Indonesia dan Thailand yang boleh berbahasa Melayu.” Menurutnya, mereka boleh dijadikan tokoh untuk naratif Islam berteraskan rahmah dan wasatiy. 

“Ulama antarabangsa lain yang  berbahasa Inggeris juga mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan orang Malaysia apabila mereka datang ke sini.”  Ujar beliau, ada niche market untuk mereka di negara ini.

Seminar Peranan Ulama Dalam Membina Malaysia MADANI dianjurkan oleh Institut Darul Ehsan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sahabat Asatizah Malaysia.

Seminar ini menekankan nilai-nilai kesederhanaan, keadilan, kemuliaan insan yang selari dengan ajaran Islam disebarkan dan dihayati dengan kesungguhan bagi meneguhkan fikrah MADANI yang menjadi teras pentadbiran negara pada hari ini.

Tiga resolusi utama diusulkan untuk mengiktiraf peranan ulama dalam membina Malaysia MADANI adalah:

  1. Menghargai dan mengiktiraf peranan ulama dalam membina Malaysia MADANI.
  2. Menerbitkan bahan rujukan bagi mengangkat peranan ulama dalam membina Malaysia MADANI.
  3. Menjadikan dokumen ‘Arus Perjuangan: Garis-garis Besar Gagasan Islam’ sebagai asas untuk menghayati Islam sebagai teras dalam membina Malaysia MADANI.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia