Gempa Bumi: MyCARE Kumpul Sumbangan Lebih RM1.2 Juta

Gempa Bumi: MyCARE Kumpul Sumbangan Lebih RM1.2 Juta | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah mengumpulkan lebih RM1.2 juta sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria, sehingga Khamis.

Pada Rabu, wakil daripada Sekolah Rendah Islam Hira’ telah menyampaikan sumbangan tabung bencana Turkiye dan Syria daripada murid-muridnya sebanyak RM7,500 kepada Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, di sini.

Melalui sumbangan awal sebanyak RM200,000, MyCARE telah menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Gaziantep, Turkiye serta di Idlib dan Aleppo, Syria.



Di Gaziantep, 250 pek makanan telah diagihkan kepada 250 buah kelurga.

Sebanyak 200 alat pemanas dan 200 pek arang diedarkan kepada 200 keluarga di Atma, Idlib pada 8 Februari, manakala 200 roti Arab diagihkan kepada 200 mangsa dan 400 pek makanan dimasak diagihkan kepada 400 keluarga di al-Bab, Aleppo. 

Pada 12 Februari pula, sebanyak 226 alat pemanas dan 226 pek arang disalurkan kepada 226 buah keluarga di kem pelarian al-Amal, Jisr al-Sughur, Idlib.

Sejak Turkiye dan Syria dilanda gempa bumi dahsyat pada 6 Februari lalu, angka kematian telah melepasi 40,000 orang.

Pihak berkuasa Turkiye melaporkan seramai 35,418 orang terbunuh, manakala kerajaan Syria dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan 5,800 orang telah terkorban di negara itu.  

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan gempa bumi di Turkiye sebagai bencana alam terburuk abad ini.  Ini merupakan gempa bumi terbesar di Turkiye sejak tahun 1939. 

Kerosakan besar telah terjadi di wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis. Gempa bumi turut telah memusnahkan kawasan di wilayah utara Syria khususnya di Hama, Aleppo dan Latakia.

Usaha mencari dan menyelamatkan masih giat diteruskan walaupun harapan untuk menemui mangsa hidup semakin tipis. Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, sebanyak 8,000 mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan di Turkiye. 

PBB menganggarkan 5.3 juta orang di Syria telah kehilangan tempat tinggal akibat gempa, manakala berpuluh ribu mangsa sedang berteduh di dalam khemah berselimutkan cuaca dingin. 

 

Media melaporkan bahawa 900,000 orang di Turkiye dan Syria sangat memerlukan bekalan makanan panas ekoran cuaca sejuk ekstrem.

MyCARE sedang melaksanakan bantuan susulan bagi fasa kedua. Teruskan menyumbang ke Tabung Bantuan Gempa Turkiye MyCARE supaya lebih ramai mangsa dapat dibantu. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan  https://mycare.qrd.by/turkiyeemergency.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia